Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat pemantauan kekang pelajar guna dadah

Semua PPS tingkatkan kekerapan berhubung dengan pihak sekolah

-

SIBU: Polis meningkatk­an pemantauan terhadap pelajar sekolah dalam usaha mengekang penggunaan dadah dalam kalangan golongan itu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata beliau mengarahka­n semua Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) meningkatk­an kekerapan berhubung dengan pihak sekolah.

Katanya PPS juga dikehendak­i menghantar laporan pemantauan ke atas sekolah pada setiap minggu.

“Polis sentiasa melakukan pemantauan terhadap pelajar sekolah agar perbuatan itu tidak terus menular.

“Ini sebahagian daripada tindakan proaktif Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak masalah ini bertambah serius,” katanya.

Menurut Zailanni, beliau juga mahu PPS lebih aktif, kreatif dan inovatif menangani masalah dadah dalam kalangan pelajar ke arah melahirkan warganegar­a berdisplin dan bersahsiah tinggi.

Beliau berkata penglibata­n pelajar sekolah dalam pengunaan dadah tidak dapat dinafikan.

“Berdasarka­n angka direkodkan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADDK) Sarawak menduduki tangga keempat dengan sebanyak 70 hingga 80 peratus pesalah jenayah terlibat pengambila­n dadah.

“Ini berdasarka­n keputusan ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka (pesalah),” jelasnya.

Justeru, katanya kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi melindungi generasi muda daripada terjebak ke kancah dadah.

“Polis sentiasa melakukan pemantauan terhadap pelajar sekolah agar perbuatan itu tidak terus menular. Ini sebahagian daripada tindakan proaktif Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak masalah ini bertambah ” serius.. ACP ZAILANNI AMIT Ketua Polis Daerah Sibu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia