Utusan Borneo (Sabah)

Wanita perlu bergiat lebih aktif

100 wanita jayakan Hari Wanita Perpustaka­an UMS Labuan 2017

-

LABUAN: Kira-kira 100 wanita telah menjayakan sambutan Hari Wanita 2017 peringkat Perpustaka­an UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) yang diadakan di Bilik Pulau Labuan, Perpustaka­an UMS Labuan pada Selasa.

Mereka terdiri daripada ahli Kelab Suri dan Staf Wanita UMS (Kesumba) UMSKAL, Puspanita Labuan, Perkep Labuan, Hawa dan Persatuan Ibu Tunggal Labuan.

Program anjuran Perpustaka­an UMSKAL dengan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Labuan itu turut dihadiri kakitangan dan pelajar UMS Labuan.

Pada program itu, peserta mendengar ceramah bahaya penyakit kanser payudara dan kanser serviks serta cara pencegahan­nya yang disampaika­n oleh Ketua

“Program itu juga bertujuan mengeratka­n hubungan dua hala antara warga UMS Labuan dengan masyarakat setempat di Wilayah Persekutua­n Labuan khususnya ” persatuan wanita DAYANG RUHIDAH RAPLEE Pengerusi Penganjur

Jururawat Klinik Nur Sejahtera LPPKN Labuan Rohana Jahidi.

Program itu dimeriahka­n dengan demonstras­i dekorasi cup cake daripada Zedda Food Supplies dan demonstras­i kecantikan tatarias wajah daripada MUA Anna De Angel dan Atomy Malaysia.

Turutdiada­kanpemerik­saan kesihatan, pameran dan jualan produk kesihatan, urutan tradisiona­l, penjagaan kesihatan, kraftangan dan akademi masakan, pembuatan kek dan pastri.

Pengerusi Penganjur Dayang Ruhidah Raplee berkata, program itu bertujuan memberi rangsangan kepada kaum wanita supaya terus bergiat lebih aktif ke arah pembanguna­n keluarga, ekonomi, masyarakat dan negara.

Selain itu, untuk memberi informasi mengenai penjagaan kesihatan wanita dan memberi kesedaran kepada wanita bahaya penyakit.

“Program itu juga bertujuan mengeratka­n hubungan dua hala antara warga UMS Labuan dengan masyarakat setempat di Wilayah Persekutua­n Labuan khususnya persatuan wanita,” katanya.

Dayang Ruhidah turut mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik, Penasihat Program Baharin Entoh dan Penyelaras Program Dayang Norashikin Jainal.

“Terima kasih juga kami tujukan kepada semua kakitangan Perpustaka­an Siti UMS Labuan yang komited menjayakan program anjuran Perpustaka­an dengan kerjasama LPPKN Labuan,” katanya.

 ??  ?? PESERTA membeli produk kesihatan sempena Hari Wanita di Bilik Pulau, Perpustaka­an UMSKAL.
PESERTA membeli produk kesihatan sempena Hari Wanita di Bilik Pulau, Perpustaka­an UMSKAL.
 ??  ?? DAYANG Ruhidah (kanan) menjalani pemeriksaa­n kesihatan yang dikendalik­an LPPKN Labuan.
DAYANG Ruhidah (kanan) menjalani pemeriksaa­n kesihatan yang dikendalik­an LPPKN Labuan.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I dekorasi cup cake yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada peserta wanita.
DEMONSTRAS­I dekorasi cup cake yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada peserta wanita.
 ??  ?? ROHANA Jahidi (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Dayang Ruhidah.
ROHANA Jahidi (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Dayang Ruhidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia