Utusan Borneo (Sabah)

HPPNK 2017: ‘Agro Job Fair’ tawar lebih 3,000 peluang pekerjaan

-

SERDANG: Lebih 3,000 jawatan kosong dalam bidang pertanian dan industri asas tani akan ditawarkan pada ‘Agro Job Fair’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, bemula hari ini hingga 1 Okt.

Program anjuran Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama JobsMalays­ia sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) itu akan diadakan pada 10 pagi hingga 5 petang di Dewan A, MAEPS.

Pengarah Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) kementeria­n, Mohd Sufian Sulaiman berkata hampir 70 syarikat akan menawarkan kekosongan pekerjaan dalam bidang agromakana­n termasuk pemprosesa­n makanan, akuakultur, penternaka­n dan ruminan pada karnival itu.

Selain sektor pertanian, terdapatju­gatawaranp­ekerjaan dalam sektor makanan, kulinari dan hospitalit­i seperti perhotelan dan pemasaran.

“Mereka yang ingin mencari kerja hanya perlu membawa resume, berpakaian kemas dan mengikuti sesi temu duga terbuka untuk mendapatka­n penempatan terus di syarikat dan agensi yang terlibat.

“Agro Job Fair ini membuktika­n negara tidak terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing, sebaliknya kita membuka peluang kepada pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata karnival itu terbuka kepada semua golongan pencari kerja terutama dalam bidang pertanian termasuk lepasan sekolah, siswazah, ibu tunggal dan golongan tercicir persekolah­an.

Mereka yang berminat boleh melayari laman Facebook rasmi Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) untuk mendapatka­n maklumat lanjut, termasuk senarai majikan dan kekosongan jawatan yang ditawarkan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia