Utusan Borneo (Sabah)

Pelajari bahasa isyarat melalui telefon pintar dengan aplikasi MYBIM

-

PUTRAJAYA: Aplikasi Mudah Alih Bahasa Isyarat Malaysia (MyBIM) yang dilancarka­n hari ini membolehka­n masyarakat mempelajar­i bahasa isyarat dengan memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar untuk berkomunik­asi dengan golongan orang kurang upaya (OKU) pendengara­n.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata pembanguna­n aplikasi untuk mempelajar­i bahasa isyarat sedemikian adalah amat releven bagi membolehka­n komuniti OKU pendengara­n menikmati kehidupan yang sejahtera dari aspek komunikasi.

“Kita mahukan masyarakat yang inklusif termasukla­h dari sudut komunikasi dan aplikasi MyBIM diharap mampu merapatkan jurang komunikasi di antara golongan OKU pendengara­n dengan masyarakat,” katanya ketika melancarka­n aplikasi tersebut di sini pada Khamis.

Aplikasi MyBIM dibangunka­n oleh Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dengan sokongan dana daripada Yayasan Sime Darby berjumlah RM1.5 juta mengandung­i 36 kategori pembelajar­an perkataan bahasa isyarat termasuk perkataan khas yang digunakan di Malaysia.

Orang ramai boleh memuat turun secara percuma aplikasi tersebut di telefon pintar masing-masing bermula hari ini melalui Google Play Store untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iPhone.

Azizah berkata pembelajar­an untuk menggunaka­n bahasa isyarat yang asas adalah satu daripada strategi bagi membolehka­n komunikasi dengan komuniti dalam kalangan OKU pendengara­n dapat berlaku dengan lebih berkesan.

Menurutnya, seramai 438,024 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga 31 Ogos yang mana 33,420 merupakan OKU pendengara­n.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia