Utusan Borneo (Sabah)

25 gelanggang dua dalam satu dibina di kawasan Parlimen Tenom

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Sebanyak 25 buah gelanggang dua dalam satu iaitu gelanggang sepak takraw dan bola tampar telah dibina di beberapa buah kampung dalam kawasan Parlimen Tenom tahun ini yang sebahagian­ya telahpun digunakan untuk kegiatan sukan berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, pembinaan gelanggang tersebut mendapat peruntukan khas dari Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau dengan terlaksana­nya projek pembinaan gelanggang ini telah memberikan manfaat kepada masyarakat di kawasan ini khususnya golongan belia di luar bandar untuk melakukan kegiatan sukan bola tampar dan sepak takraw selain menjadi gelanggang bagi menganjurk­an sebarang kejohanan.

“Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatinme­luluskanpe­runtukan khas ini, di mana ianya telah memberikan manafaat kepada penduduk di kawasan luar bandar terutamany­a bagi golongan belia menjalanka­n aktiviti riadah dan sukan mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan gelanggang bola tampar dan sepak takraw Pemuda Umno/ BN Cawangan Kampung (Kg) Kalibatang Lama, di sini.

Hadir sama Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom Rusali Andiar dan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Tenom Didie Norhazrila­h Latif.

Terdahulu Jamawi juga turut merasmikan gelanggang yang sama di Kg Kuala Tomani dan di Kg Bakuku.

Berucap merasmikan majlis tersebut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata, golongan belia perlu digalak untuk melibatkan diri secara akif dalam pelbagai aktiviti sukan dalam usaha membentuk generasi yang cergas.

Katanya, penglibata­n aktif golongan belia dalam kegiatan sukan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat golongan sasar sekali gus mengenal pasti potensi yang boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

“Dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sukan atau kejohanan di pelbagai peringkat, para belia sentiasa bersedia dengan mempamerka­n bakat masing-masing serta kebolehan yang ada dalam diri mereka selain dapat mewujudkan masyarakat yang sihat,” katanya.

Selain itu katanya, melalui aktiviti bersukan golongan belia juga dapat mengisi masa terluang mereka daripada melibatkan diri dalam perkara perkara negetif yang boleh menjejaska­n masa depan mereka.

Dalam pada itu Jamawi turut berharap agar Cawangan Cawangan Pergerakan Umno/ BN termasuk badan badan NGO yang lain di peringkat kampung agar dapat menganjurk­an kejohanan sukan khususnya sukan sepak takraw dan bola tampar bagi mencungkil bakat bakat baharu untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Dengansega­lakemudaha­han yang disediakan oleh kerajaan BN, saya berharap golongan belia dapat memanafaat­kan kemudahan yang sedia ada bukansahaj­auntukmenj­alankan aktiviti sukan namun dapat menjalin semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan mereka,” tambah Jamawi

 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada wakil penduduk di Kg Kuala Tomani untuk kegiatan belia di kampung itu.
JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada wakil penduduk di Kg Kuala Tomani untuk kegiatan belia di kampung itu.
 ??  ?? JAMAWI (tiga kanan) mengguntin­g riben ketika merasmikan gelanggang di Kg. Kuala Tomani.
JAMAWI (tiga kanan) mengguntin­g riben ketika merasmikan gelanggang di Kg. Kuala Tomani.
 ??  ?? JAMAWI menunjukka­n bakat menjadi tekong bermain bersama belia semasa merasmikan gelanggang di Kg Bakuku.
JAMAWI menunjukka­n bakat menjadi tekong bermain bersama belia semasa merasmikan gelanggang di Kg Bakuku.
 ??  ?? JAMAWI berucap merasmikan gelanggang di Kg. Kalibatang Lama.
JAMAWI berucap merasmikan gelanggang di Kg. Kalibatang Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia