Utusan Borneo (Sabah)

PTKB sertai 1Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor Internatio­nal Challenge Trophy

-

KOTA KINABALU: Persatuan Tenis Daerah Kota Belud (PTKB) menyertai Pertanding­an 1Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor Internatio­nal Challenge Trophy buat kali pertama selepas persatuan ini berdaftar secara rasmi dan berlangsun­g di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Pertanding­an 1Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor Challenge Trophy ini adalah pertanding­an bertaraf antarabang­sa dan Persatuan Tenis Daerah Kota Belud dipilih untuk menyertai pertanding­an ini.

Negara seperti Singapura, kelab kelab tenis dari Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak turut mengambil bahagian.

Presiden Persatuan Tenis Daerah Kota Belud (PTKB) Mahamudin Hj. Mohd Onon berkata, keterujaan dan semangat semua pemain amat tinggi kerana dapat mewakili PTKB dan seterusnya memetakan nama daerah Kota Belud di dalam sukan tenis di negeri ini dan antarbangs­a.

Walaupun buat pertama kali menyertai, namun PTKB mampu bersaing dengan kelab kelab tenis yang lain dan mencapai keputusan yang harus dipuji.

Ucapan terima kasih kepada Sabah Tennis Associatio­n (STA) kerana memberi peluang untuk PTKB menyertai pertanding­an besar sebegini.

Pengalaman dalam menyertai pertanding­an ini akan digunakan untuk pertanding­an di masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua.

Presiden PTKB juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Penaung Persatuan Tuan Arshad Hj. Bistari merangkap Ketua Pemuda Umno Kota Belud kerana memberi sokongan moral dan rangsangan kepada semua peserta.

Harapanjug­aagarkejoh­anan seperti ini dapat dianjurkan di dalam daerah Kota Belud.

“Juga diucapkan rakaman jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat turut memberi galakkan dan sokongan moral kepada pemain dalam persatuan ini,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN dari PTKB bergambar sebelum berentap dengan lawan masing masing.
PEMAIN dari PTKB bergambar sebelum berentap dengan lawan masing masing.
 ??  ?? PASUKAN Tenis PTKB yang menyertai pertanding­an itu.
PASUKAN Tenis PTKB yang menyertai pertanding­an itu.
 ??  ?? PASUKAN PTKB mampu beri saingan dalam kejohanan itu.
PASUKAN PTKB mampu beri saingan dalam kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia