Utusan Borneo (Sabah)

Kota Marudu muncul juara

Kejohanan Tarik Tali Terbuka Program Gegar Keningau

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KENINGAU: Kota Marudu menunjukka­n kejaguhan dan penguasan di dalam arena sukan tarik tali apabila berjaya menjuarai kedua-dua kategori Lelaki Senior dan Lelaki Junior (bawah 17 tahun) di Kejohanan Tarik Tali TerbukaKen­ingausempe­na Program Gegar Keningau pada 15-16 September lalu.

Daerah Kota Marudu diwakili oleh skuad rasmi Persatuan Tarik Tali Daerah Kota Marudu (Komtowa).

Skuad Komtowa Junior dibarisi oleh para penarik dari Kelab Tarik Tali SMK Kota Marudu II yang baru juga ditubuhkan pada tahun 2016.

Sebelum ini, skuad junior ini juga berjaya mengondol tempat ketiga di Kejohanan Remaja (bawah 18 tahun) Kebangsaan sempena Hari Kemerdekaa­n 2016 yang

“Sukan tarik tali semakin berkembang pesat dan mendapat persetujua­n pihak Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah untuk dimasukkan dalam Kejohanan Sukan Sabah (Saga) 2017 Sandakan.” yang akan dilangsung­kan di ANDROD SADIAN

Presiden Persatuan Tarik Tali Daerah Kota Marudu

dianjurkan oleh Persatuan Tarik Tali Malaysia (MTWA)diPadangMe­rbuk, Kuala Lumpur.

Pengetua SMK Kota Marudu II Haji Marmoh Kasman amat menyokong penuh usaha guru dan pelajar dalam sukan ini dan berhasrat untuk menyertai lebih banyak kejohanan utama jika diberi peluang oleh pihak Persatuan Tarik Tali Daerah dan Negeri.

Skuad Komtowa Senior sebelum ini juga menjuarai Kejohanan Tarik Tali Terbuka Sabah kategori Lelaki 720 kilogram yang dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Sandakan di Padang Bandaran Sandakan pada 8-9 September.

Menurut Presiden Persatuan Tarik Tali Daerah Kota Marudu Androd Sadian yang juga merangkap Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah (Satwa) berkata, sukan tarik tali semakin berkembang pesat dan mendapat persetujua­n pihak Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah untuk dimasukkan dalam Kejohanan Sukan Sabah (Saga) 2017 yang akan dilangsung­kan di Sandakan.

 ??  ?? KOMTOWA Junior juara Kategori Junior 600kg.
KOMTOWA Junior juara Kategori Junior 600kg.
 ??  ?? KOMTOWA Senior juara Kategori Lelaki 680kg.
KOMTOWA Senior juara Kategori Lelaki 680kg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia