Utusan Borneo (Sabah)

SMK Nabawan II juara kejohanan futsal

Piala Menteri Pendidikan 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Sabah 2017

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

PAPAR: Pasukan SMK Nabawan ll menjuarai Kejohanan Futsal Piala Menteri Pendidikan sempena 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Sabah 2017 yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong Papar pada 2324 September berkenaan.

Naib johan disandang pasukan SMK St. Dominic Lahad Datu diikuti SMK Beluran dan SMK Menumbuk tempat ketiga.

Sebanyak 18 pasukan menyertai kejohanan futsal berkenaan yang telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Umno Papar Datuk Seri Panglima (DSP) Haji Abdul Rahim Ismail.

Selain Kejohanan Futsal, Program 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri Sabah 2017 turut mempertand­ingkan acara Bola Keranjang 3On3 Lelaki, Bola Keranjang 3On3 Perempuan dan Bola Jaring 3On3 yang telah dihoskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Rahim dalam ucapannya berkata, kejohanan seumpama ini menunjukka­n semangat muafakat yang padu di kalangan warga pendidik di negeri ini mampu mela- hirkan kerjasama yang sangat besar ertinya sehingga dapat menjayakan kejohanan sukan ini.

Katanya, kejohanan ini juga memperliha­tkan kerjasama semua dalam memerah tenaga untuk menyatakan komitmen kepada pasukan yang diwakili. “Difahamkan, kejohanan seumpamany­a memberi peluang kepada pelajar menonjolka­n bakat sukan yang terpendam dalam bidang sukan,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis itu juga berharap agar penganjura­n program ini diteruskan pada masa-masa akan datang. Sementara itu, pasukan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu menjuarai Bola Keranjang 3 on 3 Lelaki, diikuti SMJK Lok Yuk Kudat naib johan, SM St. Dominic, Lahad Datu dan SM St. John Beaufort berkongsi tempat ketiga.

Acara Bola Keranjang 3 on 3 Perempuan dijuarai oleh SM St. Dominic, Lahad Datu, diikuti SMK Bundu Tuhan Ranau naib johan dan SMK Lok Yok KK kongsi tempat ketiga bersama SMJK Lok Yuk Kudat.

Bagi acara Bola Jaring 3 on 3 menyaksika­n SMK Pinawantai Kudat merangkul juara, diikuti SMK Tansau Penampang naib johan, manakala SAMK Beaufort dan SM Sains Lahad Datu berkongsi tempat ketiga.

Turut hadir ialah wakil PPD Saiful Bahri Mohammad, PPM Pantai Manis Hj. Ag.Arshad Hj. Ag. Kahar, Pegawai Penyelaras Unit Sukan JPN Sabah Hj. Pg. Johari Pg. Hj. Ahmad, Pegawai Khas Kepada DSP Ibrahim Othman, Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar Fahzean Hj. Mohiddin, warga pendidik, pengurus-pengurus pasukan, jurulatih dan para peserta.

“Difahamkan, kejohanan seumpamany­a memberi peluang kepada pelajar menonjolka­n bakat sukan yang terpendam ” dalam bidang sukan. DATUK SERI PANGLIMA (DSP) HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL Ketua Bahagian Umno Papar

 ??  ?? RAHIM melakukan sepakkan penalti sebagai tanda rasminya kejohanan.
RAHIM melakukan sepakkan penalti sebagai tanda rasminya kejohanan.
 ??  ?? RAHIM
RAHIM
 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang peserta sedang menerima cenderahat­i dari Rahim sambil diperhatik­an oleh Sahrin Liman (kiri) dan Saiful.
SALAH seorang peserta sedang menerima cenderahat­i dari Rahim sambil diperhatik­an oleh Sahrin Liman (kiri) dan Saiful.
 ??  ?? RAHIM dan tetamu yang hadir merakamkan gambar bersama para peserta.
RAHIM dan tetamu yang hadir merakamkan gambar bersama para peserta.
 ??  ?? SAIFUL Bahri menyampaik­an cenderahat­i kepada Rahim.
SAIFUL Bahri menyampaik­an cenderahat­i kepada Rahim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia