Utusan Borneo (Sabah)

Preps muncul juara Pertanding­an Renang Bawah 12 Tahun

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan tuan rumah Persatuan Renang Penampang Sabah (PREPS) muncul juara Pertanding­an Renang Bawah 12 Tahun Preps Kali Kesembilan di Kolam Renang Kompleks Sukan Penampang pada 2324 September lalu.

Preps merangkul 33 pingat emas, 43 perak dan 37 gangsa untuk meninggalk­an Kelab Renang PJMS di tangga kedua dengan 26 emas, lima perak dan lima gangsa dan Kelab Renang Sea Dragon (SDSC) di tempat ketiga dengan 14 emas, 22 perak dan 25 gangsa.

Di tempat keempat adalah pasukan Persatuan Renang Sandakan (SSA) 10e, 15p, 6g), kelima Persatuan Renang Labuan (PRL) 6e, 1p, 2g, keenam Persatuan Akuatik Labuan (PAL)1e, 3p, 6g), ketujuh Kerlab Renang Blue Marlin (BMSC) 1p, 7g, kelapan Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) 2g dan kesembilan K.I.S Stringrays (1g).

Turut mengambil bahagian tetapi gagal meraih sebarang pingat adalah Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS), Persatuan Renang Tawau (PRT) dan Kelab Renang LSB Hammerhead (HSC).

Pertanding­an kali ini menyaksika­n peningkata­n penyertaan kepada 313 peserta berbanding hanya 250 peserta tahun lalu.

Walaupun memiliki kemudahan kolam renang terkecil, Preps mendahului senarai peserta teramai mengambil bahagian pada pertanding­an yang lebih kepada program pembanguna­n untuk perenang muda berusia 12 tahun ke bawah itu.

Kejayaan kali ini adalah gelaran juara kelima buat Preps pada pertanding­an tahunan berkenaan.

Preps diwaklili 76 peserta, SDSC (74), PJMS (34), (PAL (31), SSA (29), KIS (21), BMSC (20), PRT (9), PRL (8), SSMS (5), HSC (4) dan KRP (2).

Anugerah Perenang Terbaik lelaki tujuh tahun adalah Linus Lew Zhun Cheng dari PJMS yang mencipta empat rekod dari empat emas dan satu perak dimenangin­ya manakala kategori perempuan adalah Celeste Liew Qi (Preps) yang mencipta dua rekod dari dua emas, dua perak dan satu gangsa yang dimenangin­ya.

Perenang Terbaik kategori lapan tahun lelaki adalah Ignacio Wong Hao Zhe (Preps- lapan emas satu rekod baru) manakala perempuan Nur Syaziellah Tsen Sey Jing (PRL - 6e, 1p, 1g - enam rekod baru).

Perenang Terbaik kategori sembilan tahun lelaki dimenangi Deven Max Caroll (PJMS - 6e, 1p, 1g) manakala perempuan Annabelle Frederic (Preps6e, 2p)

Perenang Terbaik kategori 10 tahun lelaki adalah Eddie Law Li Hui (Preps- 3e, 5p - dua rekod baru) manakal perempuan Loo Yie Bing (SSA - 8e - empat rekod baru).

Perenang Terbaik kategori 11 tahun lelaki adalah Samuel Ng Chong Cheng (PJMS - 8e - lapan rekod baru) manakala perempuan Sharifah Destinee Dickerson (Preps - 4e, 4p).

Perenang Terbaik kategori 12 tahun lelaki adalah Jay Lo Vui Seng (PJMS - 6e, 2p - dua rekod baru) manakala perempuan Yong Xing Ru (SDSC - 7e, 1p - tiga rekod baru).

 ??  ?? PEMENANG Anugerah Perenang Terbaik lelaki dan perempuan.
PEMENANG Anugerah Perenang Terbaik lelaki dan perempuan.
 ??  ?? PASUKAN Preps bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PASUKAN Preps bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? WAKIL tiga pasukan teratas bersama piala yang dimenangi.
WAKIL tiga pasukan teratas bersama piala yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia