Utusan Borneo (Sabah)

SIC agih 5,400 tiket F1 percuma kepada belia

-

KUALA LUMPUR: Sepang Internatio­nal Circuit (SIC) kelmarin mengagihka­n sejumlah 5,400 tiket percuma kepada golongan belia untuk menyaksika­n edisi terakhir perlumbaan Formula 1 Grand Prix Malaysia pada 30 Sept dan 1 Okt ini.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tiket berkenaan mulai diedarkan hari ini kepada pemimpin tempatan di kawasan masing-masing untuk disampaika­n kepada golongan belia yang berminat menyaksika­n perlumbaan itu.

Beliau berkata tiket percuma itu adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial (CSR) yang dilaksanak­an oleh SIC, agar golongan belia di Malaysia dapat menyaksika­n sendiri F1 Grand Prix yang sebelum ini hanya disaksikan di kaca televisyen.

“Ini juga memberi peluang kepada anak muda negara melihat sendiri kejayaan negara dan kerajaan dalam mengendali kejohanan antarabang­sa yang berprestij ini.

F1 Grand Prix Malaysia akan menutup tirainya mulai tahun ini setelah 19 tahun beroperasi dan akan digantikan dengan Motor GP mulai tahun hadapan. Semoga edisi baharu ini akan dapat menarik minat lebih ramai golongan muda di negara ini,” katanya dalam kenyataan media kelmarin.

Pada April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n kontrak penganjura­n perlumbaan berprestij itu ditamatkan bermula tahun depan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira laporan dan pandangan SIC mengenai impak kewangan acara F1 kepada semua pihak berkepenti­ngan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia