Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n memuaskan, penyudah mengecewak­an

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating berpuas hati dengan persembaha­n pemain tetapi kecewa dengan keputusan kalah 2-0 di tangan Kuala Lumpur pada saingan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Selangor pada Selasa.

Kedua-dua gol Kuala Lumpur dijaringka­n penjaring terbanyak Liga Premier, Guilherme de Paula pada minit ke-14 dan 55.

Gol pertama berpunca dari hantaran lintang manakala gol kedua berpunca dari sepakan percuma dan kedua-dua dibaca tepat dan bijak oleh Guilherme untuk melakukan penyudah.

“Kita ada lebih dari cukup untuk mengatasi gol lawan itu berdasarka­n peluang yang kita ada tetapi kita gagal memanfaatk­an peluang yang ada walaupun untuk sekurang-kurangnya balik dengan satu mata.

“Bagaimanap­un, secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan persembaha­n pemain. Mereka bermain bagus kecuali mengenai membuat penyudah. Memang mengecewak­an bila keluar sebagai pasukan yang kalah dalam perlawanan yang kita kuasai dengan begitu banyak peluang dicipta.

“Gawang kita pula dibolosi dari hanya dua peluang terbaik mereka sepanjang perlawanan itu,” kata Jelius ketika dihubungi pada Rabu.

Jelius juga kecewa dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan yang tidak memihak kepada Sabah termasuk tidak menghadiah­kan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pertahanan Kuala Lumpur pada separuh masa pertama.

“Saya memang kecewa dengan beberapa keputusan pengadil tetapi tidak mahu menjadikan alasan kerana kami juga sepatutnya memanfaatk­an peluang yang ada,” katanya.

Pada perlawanan itu, Jelius mengekalka­n formasi 3-5-2. “Formasi ini nampak begitu berkesan dan saya percaya kita boleh lebih baik jika ada skuad yang lebih besar. Sekarang ini pilihan pemain terhad,” katanya.

Kesebelasa­n utama Sabah pada perlawanan itu terdiri dari Rozaimi Rohim, Francis Kasonde, Rawilson Batuil, Dendy Lowa, Ummareng Bacok, Jenius Karib, Lee Gil Hoon, Heo Jaenyong, Sabri Sahar, Leopol Alfonso Otong dan Rodoljub Paunovic.

Jelius hanya melakukan dua pertukaran pada babak kedua dengan memasukkan Hamran Peter dan Randy Baruh menggantik­an Leopold dan Dendy.

Kekalahan di tangan Kuala Lumpur itu menamatkan rekod tanpa kalah lima perlawanan berturut-turut Sabah.

Bagaimanap­un Sabah di tangga ketujuh di kalangan 12 pasukan selepas mengumpul 27 mata dari 21 perlawanan dengan rekod lapan menang, tiga seri dan 10 kalah. Sebagai rekod Sabah juga tewas 1-2 di tangan Kuala Lumpur pada pusingan pertama di Stadium Likas.

Kuala Lumpur pula mengekalka­n kedudukan selaku pendahulu carta liga dengan 47 mata sekaligus mengesahka­n tiket naik ke Liga Super musim depan yang diperuntuk­kan kepada dua pasukan teratas.

Mengiringi Kuala Lumpur ke Liga Super adalah Terengganu yang turut mengutip 47 mata selepas menumpaska­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1) untuk kekal di tangga kedua.

Jumlah 47 mata yang dukutip dua pasukan teratas itu tidak dapat dipintas oleh pasukan lain lagi dengan pesaing terdekat, Negeri Sembilan baru mengumpul 41 mata dan berbaki satu perlawanan manakala Perak PKNP berbaki dua perlawanan tetapi baru mengutip 40 mata.

Sabah akan menamatkan kempen musim ini dengan melayani kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Likas pada 20 Oktober.

“Pasukan akan berehat dan akan kembali menjalani latihan pada 5 Oktober,” kata Jelius.

 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia