Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan pasukan NS perlu letak jawatan

-

SEREMBAN: Pihak pengurusan pasukan Negeri Sembilan perlu meletak jawatan selepas gagal membawa pasukan Liga Perdana itu ke kancah Liga Super musim depan, demikian pendapat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata pihak pengurusan pasukan tidak mencapai sasaran luntuk ayak ke Liga Super musim depan dan gagal menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

“Dari segi moral, pihak pengurusan kena letak jawatan jika mereka tidak mencapai KPI. Saya bukan merujuk kepada sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai prestasi Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana musim ini, di sini, kelmarin.

Berbaki satu perlawanan, pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Terengganu layak beraksi dalam Liga Super musim depan selepas masing-masing terikat dengan 47 mata manakala Negeri Sembilan menduduki tangga ketiga dengan 41 mata.

“Tidak timbul sama ada saya puas hati atau tidak dengan prestasi pasukan pada musim ini. Bagi saya, saya telah meletakkan matlamat mesti melayakkan diri ke Liga Super tahun depan, tetapi jika tidak tercapai matlamat (sasaran), tidak bolehlah...,” katanya.

Bagaimanap­un, Mohamad, yang juga Menteri Besar, berkata prestasi pasukan negeri itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat pengurusan PBNS selepas pasukan itu menamatkan saingan liga dengan menentang Sabah, bulan depan.

“Biar mereka siapkan laporan dan dari situ kita tengok nanti mengenai langkahlan­gkah seterusnya yang kita ambil,” katanya.

Ternyata kecewa dengan kegagalan pasukan negeri layak ke Liga Super, beliau menegaskan bahawa PBNS telah menunaikan tanggungja­wab dan komitmenny­a terhadap pasukan termasuk membayar gaji pemain setiap bulan mengikut masa yang ditetapkan serta memberi bonus jika menang perlawanan.

Selepas mengharung­i 21 perlawanan musim ini, Negeri Sembilan menang 11 perlawanan, seri lapan dan kalah dua kali.

Mengenai dakwaan terdapat unsur lain yang mungkin mempengaru­hi prestasi pasukan, beliau berkata sebelum mendapat laporan daripada pihak pengurusan beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

“Adalah tidak baik untuk saya katakan itu ini...pihak pengurusan dan jurulatih lebih tahu...kita dengar dahulu laporan pihak pengurusan sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia