Utusan Borneo (Sabah)

Didin buru emas Paralimpik 2020 Tokyo

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Juara dunia Didin Terasoh berazam memburu pingat emas di Sukan Paralimpik 2020 Tokyo.

Atlet berusia 42 tahun itu berkata, ianya umpama `mimpi menjadi kenyataan’ beraksi di Paralimpik Tokyo selepas sukan badminton, bersama sukan taekwondo, dipertandi­ngkan di temasya terbesar dunia untuk atletatlet kurang upaya itu.

“Ini merupakan sasaran muktamad...bertanding di Paralimpik Tokyo,” jelas Didin ditemui semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), membawa pulang pingat emas Sukan PARA Asean Ke-9, 2017 dari Kuala Lumpur.

“Saya tidak merasa (faktor umur akan) menjadi masalah. Yang penting ialah saya berusaha dan berlatih gigih serta menjaga kesihatan saya.

“Saya akan melakukan yang terbaik,” jelas bapa kepada tiga anak perempuan itu memberi motivasi pada dirinya sendiri untuk menambah tiga koleksi antarabang­sa sedia ada. Bertanding­dalamkateg­ori SS6 (atlet dengan fizikal rendah), Didin memulakan kejayaan gemilang dengan menjuarai acara perseorang­an lelaki di Kejohanan BWF PARA Dunia 2015 di England anjuran Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Selepasitu,gurumatema­tik Sekolah Kebangsaan Bongkud, Ranau itu menjuarai Kejohanan PARA Asia di Beijing, China pada tahun 2016, diikuti menjuarai Sukan PARA Asean 2017 minggu lalu.

Pemain pada ketinggian 1.28 meter (m) itu juga menjuarai Kejohanan Terbuka Ireland dalam tahun 2015.

“Sasaran terdekat saya, bagaimanap­un, ialah untuk mempertaha­nkan kejuaraan saya di Kejohanan Dunia yang akan berlangsun­g di Busan, Koreal Selatan bermula 23 November.

“Tugas itu pasti sukar keranasaya­tidakberta­ndinga di luar negara, jadi saya tidak tahun sejauh mana perkembang­an pemainpema­in luar negara.

“Hanya satu yang pasti ialah saya akan memberikan yang terbaik dan sedaya upaya yang saya mampu,” tegas Didin yang berasal dari Kota Belud.

 ??  ?? DIDINTeros­ah(kiri)bersamaibu­mertuabeli­aumenunjuk­kan pingat emas Sukan PARA Asean Ke-9 Kuala Lumpur 2017 setibanya di LTAKK pada Ahad.
DIDINTeros­ah(kiri)bersamaibu­mertuabeli­aumenunjuk­kan pingat emas Sukan PARA Asean Ke-9 Kuala Lumpur 2017 setibanya di LTAKK pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia