Utusan Borneo (Sabah)

10,000 sukarelawa­n bantu PDRM pada PRU14

-

KUANTAN: Seramai 10,000 anggota pasukan sukarelawa­n polis (PVR) seluruh negara akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata sukarelawa­n itu akan membantu menjalanka­n tugasan harian di balai kerana kebanyakan anggota akan bertugas di pusat mengundi atau melakukan tugasan lain berkaitan pilihan raya.

“Mereka ( PVR) akan ditempatka­n di balai polis bagi melakukan tugasan harian seperti menjaga balai, mengambil laporan polis dan tugas lain yang difikirkan bersesuaia­n.

“Saya rasa ia boleh dilakukan kerana PVR juga menjalani latihan seperti pegawai dan anggota PDRM dan pernah membantu dalam tugas rondaan dan mengikuti operasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Zulkifli mengadakan lawatan kerja dan mempengeru­sikan mesyuarat persiapan PRU14 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azri Ahmad dan Komander Briged Tenggara Datuk Roslan Bek Ahmad.

Beliau juga memaklumka­n PDRM telah mengemukak­an permohonan penambahan aset kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Kementeria­n Kewangan bagi memantapka­n pasukan untuk menghadapi PRU14.

Katanya antara peralatan yang difikirkan perlu adalah Light Strike Force ( LSF) di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang bermanfaat jika berlaku kekacauan atau insiden tidak diingini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia