Utusan Borneo (Sabah)

Anggota TLDM maut motosikal rempuh kereta

- - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas terlibat dalam kemalagan di Kilometer 16 Jalan Tuaran Bypass di sini, awal pagi Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Zaid Mohd Zain, 29, disahkan meninggal dunia selepas kira-kira sejam kemalangan semasa dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata hasil siasatan mendapati kejadian jam 7.20 pagi berlaku apabila mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha dari arah Tebobon menuju ke Inanam.

“Semasa di lokasi kejadian, mangsa terlanggar sebuah kereta Proton Saga yang dalam perjalanan dari arah University Apartment menuju ke pusat bandar dan membuat pusingan U di jalan utama.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala selepas melanggar bahagian kiri pintu hadapan penumpang,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudianny­a dihantar ke HWKK Likas untuk menerima rawatan.

Chandra bagaimanap­un berkata pihak hospital kemudianny­a memaklumka­n mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 8.35 pagi semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.

Katanya siasatan lanjut mendapati punca kejadian disebabkan oleh kecuaian pemandu kereta yang berumur 26 tahun kerana gagal memberi keutamaan pada kenderaan di jalan utama terlebih dahulu sebelum keluar simpang jalan.

“Pemandu terbabit sudah ditahan dan direman untuk disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MOTOSIKAL mangsa rosak teruk dalam kemalangan di pusingan U Kilometer 16 Jalan Tuaran Bypass di sini, awal pagi Khamis.
MOTOSIKAL mangsa rosak teruk dalam kemalangan di pusingan U Kilometer 16 Jalan Tuaran Bypass di sini, awal pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia