Utusan Borneo (Sabah)

Ainna juara Tawau Got Talent 2017

Pertanding­an diserikan kehadiran Datuk Seri Vida dan Sakinah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TAWAU Got Talent (TGT) 2017 menobatkan bakat hebat Ainna Erzanie Erwin,14, sebagai juara dalam pertanding­an itu yang diadakan di Dewan Calvari, Tawau, malam Sabtu.

Dia yang mendapat gelaran Yuna Tawau daripada peminatnya tampil di pentas cabaran akhir dengan menyanyika­n lagu Teman Pengganti yang dipopulark­an Black Mentor.

Ainna anak keenam dari tujuh adik beradik mempunyai kelainan yang istimewa bukan sahaja pada persembaha­n vokalnya tetapi kebolehann­ya bermain gitar sehingga memukai hati juri.

Bukan sahaja juri, tetamu kenamaan Datuk Seri Hasmizah Othman atau dikenali Datuk Seri Vida dan penganjur pertanding­an Datuk Seri Mohd Jefri Mansur turut terpesona dengan persembaha­n beliau.

Ketua Juri TGT 2017, Syaiful Bahrim atau DJ Pool Abah Kau ketika ditemui Utusan Borneo berkata Ainna merupakan penyanyi yang berbakat besar kerana dia bukan sahaja memenuhi pakej sebagai seorang penyanyi dalam industri tetapi lebih daripada itu.

“Ainna bukan seperti bakat penyanyi yang lain kerana dia berjaya tampil dengan melontarka­n nyanyianny­a dengan begitu baik dan disertai penghayata­n lagu melalui jiwanya,” katanya.

Jelasnya, dia tidak menjangka akan bertemu dengan bakat yang dimiliki Ainna sejak sekian lamanya kerana penguasaan teknik, teknikal dan adaptasi jiwa dalam nyanyian merupakan sesuatu yang amat jarang ditemui dan diketengah­kan dalam industri hiburan.

Ibu kepada Ainna, Saleha Sunardio berkata dia begitu terkejut, kagum dan bersyukur dengan kejayaan anaknya kerana Ainna seorang anak yang pendiam.

“Ainna sejak sekolah rendah lagi suka sangat menyanyi dan bermain gitar dan sebagai ibunya, saya melihat perkembang­an itu sesuatu yang baik dan terus menyokong minatnya,” katanya.

Sebagai ibu tunggal, Saleha berharap anaknya meneruskan minatnya dengan menjadi dirinya, berupaya mencapai segala yang diimpikann­ya dan menjadi anak yang berbakti kepada keluarga.

Dalam pada itu, Mohd Jefri memuji kesungguha­n dan perjuangan Ainna sehingga mampu menyerlahk­an bakat dirinya dalam pertanding­an itu.

Menurut beliau, Ainna dan pemenang yang lain akan mendapat tawaran rakaman lagu sendiri dan untuk kategori bakat kumpulan, pemenang akan mendapat tawaran membuat persembaha­n di peringkat lebih tinggi.

TGT yang mempertand­ingkan kategori nyanyian dan bakat disertai 20 orang.

Majlis turut diserikan dengan penampilan istimewa Datuk Seri Vida yang menyanyika­n lagu I Am Me.

Artis parodi Sabah Sakinah Vs Ondu atau nama sebenar Mohd Shahrizan Tahir turut memberi kejutan kepada lebih 1,000 penonton dengan penampilan­nya tersendiri, berpakaian wanita dan memakai mahkota seberat 5 kilogram.

 ??  ??
 ??  ?? AINNA bersama replika cek dan piala kemenangan­nya. VIDA bersama Sakina Vs Ondu membuat penampilan istimewa.
AINNA bersama replika cek dan piala kemenangan­nya. VIDA bersama Sakina Vs Ondu membuat penampilan istimewa.
 ??  ?? PESERTA dan Sakina Vs Ondu bergambar kenangan bersama jawatankua­sa TGT 2017.
PESERTA dan Sakina Vs Ondu bergambar kenangan bersama jawatankua­sa TGT 2017.
 ??  ?? VIDA menyerahka­n hadiah kepada juara kategori bakat, Kumpulan Bad The Hood.
VIDA menyerahka­n hadiah kepada juara kategori bakat, Kumpulan Bad The Hood.
 ??  ?? Juri TGT 2017.
Juri TGT 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia