Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dipenjara 40 bulan, denda RM5,000

Tipu pembelian telefon bimbit atas talian

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita dikenakan penjara 40 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menipu dua wanita berhubung pembelian telefon bimbit atas talian.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Zieverlia Simon, 23, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh memperdaya­kan mangsa yang berusia 32 tahun berkaitan urusan pembelian atas talian pelbagai jenis telefon bimbit.

Akibat terpedaya, mangsa memasukkan wang sebanyak RM1,640 ke dalam akaun tertuduh, pada 26 Oktober tahun lalu jam 12.58 tengah hari di Maybank Giant, Kolombong, Inanam, di sini.

Zieverlia sekali lagi menipu mangsa yang berusia 24 tahun bagi tujuan sama, sehingga menyebabka­n mangsa memasukkan wang sebanyak RM2,300 ke dalam akaunnya.

Kesalahan dilakukan pada 15 Januari tahun lalu jam 9.20 malam di Taman Fu Yen, Jalan Luyang, di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, penjara antara setahun hingga sepuluh tahun atau dengan sebat, serta boleh dikenakan denda.

Untuk setiap pertuduhan itu, tertuduh dikenakan penjara selama 20 bulan dan denda RM2,500 atau penjara empat bulan, serta diperintah­kan menjalani setiap hukuman itu secara serentak.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dikenakan penjara sepuluh bulan dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah menyimpan sebuah motosikal curi.

Majistret Cindy Mc Juce Balitusmen­jatuhkanhu­kuman itu terhadap Sudin Abdul Harun, 21, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 26 Mei jam 1.06 petang di Platinum Putatan Apartmen, Putatan.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda terbabit, mahkamah mengarahka­n penjara selama tempoh dua bulan dikenakan.

“Untuk setiap pertuduhan itu, tertuduh dikenakan penjara selama 20 bulan dan denda RM2,500 atau penjara empat bulan, serta diperintah­kan menjalani setiap hukuman itu secara serentak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia