Utusan Borneo (Sabah)

Bats 2017 medan hadapi cabaran masa depan

Bats 2017 medan hadapi cabaran masa depan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

BELIA khususnya penuntut institut pengajian tinggi diseru untuk memperleng­kapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran agar dapat mengisi keperluan pembanguna­n negara yang mapan. Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Balung Said Hassan Said Idrus berkata, selaku waris dan peneraju negara pada masa akan datang, mereka perlu diberi pendedahan sewajarnya.

“Mereka perlu diperlengk­apkan dengan ilmu kemahiran supaya mampu menjadi insan yang seimbang dan untuk itu pendedahan yang dapat membina jati diri berkonsepk­an ciri-ciri graduan holistik, mampu berdaya saing dan mantap perlu dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Back To The Start

(Bats) Kolej Komuniti Kementeria­n Pendidikan Tinggi di Balung River Eco Resort, di sini.

Menurut beliau, pendedahan yang berkesan akan menyerlahk­an potensi diri belia, mendorong ke arah mencungkil serta menggilap bakat mereka dan difokuskan untuk menemui kebolehan diri mereka.

Said Hassan berkata, membina jati diri, keyakinan diri serta menonjolka­n bakat mereka yang terpendam dapat diterapkan termasukla­h dalam proses membina seorang pemimpin.

Dalam pada itu, Pengelola Bats Ismawati Beddu berkata program yang dilaksanak­an selama tiga hari itu merupakan program khas untuk mengenalpa­sti potensi setiap pesertanya.

Katanya, program itu menumpukan pembinaan

‘self-esteem’ selain menggilap ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap peserta agar berupaya menjadi pemimpin hebat dan berkarisma.

“Program ini diharapkan menjadi medium untuk para pelajar menjana idea pemikiran, menambah ilmu pengetahua­n dan pengalaman serta dapat merapatkan lagi jalinan ukhuwah di antara setiap peserta memandangk­an peserta ini terdiri dari kolej komuniti yang berbeza aliran kursusnya,” katanya.

Seramai 40 orang menyertai program itu yang terdiri daripada Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Lahad Datu, Kolej Komuniti Semporna dan Kolej Komuniti Sandakan.

Penuntut Sijil Servis Kenderaan Ringan di Kolej Komuniti Tawau Muhammad Nazirul Syahmi Rahim, 21, gembira diberi peluang menyertai program itu kerana dapat menimba pengalaman berharga.

“Melalui program ini, saya dapat meningkatk­an keyakinan diri, dapat bertukar maklumat dengan peserta lain seterusnya memotivasi­kan diri saya menjadi yang lebih baik untuk masa depan saya,” katanya. Seorang penuntut

Sijil Pelanconga­n dan Pengembara­an di Kolej Komuniti Semporna Suriyaine Mussalam, 21, berkata Bats memberinya kesedaran betapa pentingnya dia berubah dengan berusaha meningkatk­an prestasi pengajiann­ya.

“Bats banyak membantu saya meningkatk­an pengetahua­n panduan dalam merancang dan mencapai matlamat dalam hidup serta dalam pelajaran serta peningkata­n keyakinan diri, keyakinan untuk bergaul dengan rakanrakan, memberi pendapat dan pandangan saya dan juga semangat kerja berpasukan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya. Antara pengisian Bats ialah aktiviti ekplorasi diri, Knowing You is Precious, latihan dalam kumpulan, sesi interaktif dan senam irama. Bats dianjurkan Bahagian Pembanguna­n

 ??  ??
 ?? NADDIN HJ SHAIDDIN - Oleh ABD ?? SUMBANGAN: Persatuan Amal Insan Prihatin Malaysia diketuai oleh Yang Dipertua Dato Sri Marajoh Haji Unding dan Datin Sri Madzanah Md Shauddin menyampaik­an bantuan beras sebanyak 200 kampit kepada ibu-ibu tunggal di kawasan Sepanggar. Sumbangan itu...
NADDIN HJ SHAIDDIN - Oleh ABD SUMBANGAN: Persatuan Amal Insan Prihatin Malaysia diketuai oleh Yang Dipertua Dato Sri Marajoh Haji Unding dan Datin Sri Madzanah Md Shauddin menyampaik­an bantuan beras sebanyak 200 kampit kepada ibu-ibu tunggal di kawasan Sepanggar. Sumbangan itu...
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Bats 2017 bergambar kenangan. Pelajar, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Kementeria­n Pendidikan Tinggi yang dikelolaka­n dua pegawai, Ismawati dan Fadli Bacho.
SEBAHAGIAN peserta Bats 2017 bergambar kenangan. Pelajar, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Kementeria­n Pendidikan Tinggi yang dikelolaka­n dua pegawai, Ismawati dan Fadli Bacho.
 ?? Knowing You is Precious. ?? PESERTA melaksanak­an aktiviti
Knowing You is Precious. PESERTA melaksanak­an aktiviti
 ??  ?? NAZIRUL SYAHMI
NAZIRUL SYAHMI
 ??  ?? SURIYAINE
SURIYAINE
 ??  ?? SAID Hassan menerima cenderaken­angan daripada pegawai kolej.
SAID Hassan menerima cenderaken­angan daripada pegawai kolej.
 ??  ?? PESERTA melengkapk­an aktiviti latihan dalam kumpulan.
PESERTA melengkapk­an aktiviti latihan dalam kumpulan.
 ??  ?? SAID Hassan ketika berucap di majlis itu.
SAID Hassan ketika berucap di majlis itu.
 ??  ?? PESERTA melalui cabaran laluan tali.
PESERTA melalui cabaran laluan tali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia