Utusan Borneo (Sabah)

MANFAATKAN OBOR CHINA

Sabah sambut baik inisiatif capai kerjasama menang-menang

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif Satu Jalur Satu Jalan atau One Belt One Road (Obor) China dalam usaha meningkatk­an pembanguna­n kedua-dua pihak.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata kerajaan negeri turut akan bekerjasam­a dengan republik berkenaan untuk mencapai kerjasama menang-menang, membolehka­n lebih banyak projek dibangunka­n di Sabah dan juga dalam strategi pembanguna­n serupa.

“Saya ingin menyatakan bahawapeja­bat-Konsulat-China di Kota Kinabalu selama ini melakukan kerja terbaik dan ia memperliha­tkan jaringan kerjasama ini berterusan bagi memudahkan usaha kerjasama berkaitan dengan pendidikan, budaya, pelacongan dan perdaganga­n.

“Hubungan antara Sabah dan China ini terus diperkukuh bagi memastikan kerjasama untuk kepentinga­n bersama.

“Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada pihak pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu berkenaan usaha yang akan dijalankan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan China Ke68 2017 di sini, pada Rabu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata beberapa tahun kebelakang­an ini, perkembang­an ekonomi China meningkat begitu pesat dan menjadi model bagi negara-negara yang komited untuk merealisas­ikan pembanguna­n dengan kemampuan tersendiri.

Sebagai negara ekonomi kedua terbesar di dunia, impak pembanguna­n China telah menjadi perhatian seluruh dunia.

“China telah menunjukka­n kepada dunia berkenaan imej sebuah negara besar yang mencadangk­an pembanguna­n dalam keadaan aman serta menerapkan prinsip faedah kebersamaa­n dan strategi menang- menang yang mana turut menjadi contoh kepada dunia luar.

“Pendekatan seumpama ini adalah lebih penting pada masa kini bagi menempuhi cabaran dunia era ini,” katanya.

Menurutnya Malaysia dan China telah menjalinka­n hubungan diplomatik lebih 40 tahun dan mendorong kedua pihak untuk mengekalka­n momentum pembanguna­n yang baik.

“Ini telah dicapai melalui pelbagai usaha dan memfokuska­n kepada visi yang sama seperti mengekalka­n keamanan, keharmonia­n serta pembanguna­n.

“Usaha ini telah membawa kepada kerjasama logistik dalam pelbagai bidang. Sekali gus, memperliha­tkan satu contoh terbaik di rantau ini melalui kerjasama antara kedua-dua negara yang saling memberi manfaat kepada rakyatnya,” jelasnya.

Sementara itu, Konsulat China di Kota Kinabalu Liang Caide berkata sepanjang 68 tahun lalu, China bekerja keras untuk menjadi sebuah negara yang makmur dan maju khususnya pada lima tahun kebelakang­an ini.

Katanya dengan usaha besar yang dilakukan oleh masyarakat China dalam Matlamat Dua Abad serta merealisas­ikan impian pembaharua­n besar, kadar pertumbuha­n tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China telah mencapai 7.2 peratus dan sumbangan tahunan kepada kadar pertumbuha­n ekonomi dunia kepada 30 peratus.

“Pada suku pertama tahun ini, ekonomi China terus mengekalka­n kadar pertumbuha­n yang agak tinggi sebanyak 6.9 peratus menjadikan kedudukan sebagai ekonomi kedua terbesar dunia.

“Sehingga hari ini, kereta api berkelajua­n tinggi China, jumlah keseluruha­n perbatasan lebuh raya dan talian kabel rangkaian internet adalah berada di kedudukan pertama dunia.

“China berpegang kepada strategi pembanguna­n bersama dan kerjasama menang-menang serta mengalualu­kan negara lain dalam usaha mencapai kemajuan,” katanya.

Menurut Liang pada Mei lalu, mereka berjaya menganjurk­an Forum Obor sebagai usaha menjalinka­n kerjasama antarabang­sa yang dihadiri oleh 29 pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak serta kira-kira 1,500 wakil dari 130 negara bagi mencapai kerjasama dalam pembanguna­n antara negara.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, Menteri Tugastugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

 ??  ?? PAIRIN (kiri) menerima cenderaken­angan daripada Liang.
PAIRIN (kiri) menerima cenderaken­angan daripada Liang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia