Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 39 bulan, terima dan simpan harta curi

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 39 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menyimpan dan menerima harta curi.

Chong Chee Vui, 38, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas mengaku bersalah untuk dua pertuduhan berkenaan.

Tertuduh dikenakan penjara 15 bulan yang mana disabitkan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, kerana menyimpan sebuah gitar milik seorang lelaki berusia 34 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 4 Julai jam 3.15 petang, di sebuah rumah sewa KKIP, Kampung Melawa, di sini.

Manakala mengikut Seksyen 414 kanun sama, Chong dikenakan penjara 24 bulan kerana menerima sebuah komputer riba, telefon bimbit, LCD projektor dan dua beg dipercayai harta curi.

Kesalahan didapati dilakukan pada hari sama di sebuah rumah, Taman Nelly, Jalan Kolombong Inanam di sini.

Bagi dua pertuduhan berkenaan, hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Jessica menetapkan pada 19 Oktober untuk sebutan semula kes terhadap Christophe­r Jackson Ahaina yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkenaan.

Keputusan berkenaan dilakukan sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwara­ya.

Mahkamah memerintah­kan Chong menjalani setiap hukuman itu serentak dan barang kes dikembalik­an kepada pemilik asal.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki dikenakan penjara sepuluh bulan selepas mengaku bersalah menceroboh masuk ke dalam sebuah gudang penyimpana­n barang.

Jaidi Montudok, 33, didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 14 Ogos jam 8.30 pagi di KT IMTEX Sdn Bhd, BDC Sedco Industrial Estate, Lorong Mangga 3, Jalan Tuaran, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan, Jaidi memohon hukumannya diringanka­n dan berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Jessica memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman berkenaan serentak dengan hukuman penjara lapan bulan, atas kesalahan menyimpan harta curi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia