Utusan Borneo (Sabah)

Juruwang mengaku salah mengalihka­n wang RM14,000

-

KOTA KINABALU: Seorang juruwang dikenakan denda sebanyak RM1,500 atau penjara enam bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mengalihka­n harta dengan curang.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nurlina Mahamad Tajudin, 29, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh menolong mengalihka­n wang tunai dari akaun milik seorang wanita berusia 38 tahun sebanyak RM14,000 masuk ke dalam akaun milik tertuduh.

Kesalahan dilakukan pada 1 Mei jam 6.55 petang di Maybank Alam Mesra, di sini.

Semasa rayuan, Nurlina yang tidak diwakili peguam menyatakan sudah diberhenti­kan kerja dan memohon tidak dikenakan hukuman penjara.

“Saya minta dikenakan denda kerana mempunyai anak. Saya tidak dapat menanggung kos yang tinggi ulang alik ke sini,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni.

Sementara itu, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 26 Oktober untuk pengurusan kes terhadap seorang lelaki yang didakwa melupuskan harta curi.

Keputusan itu dilakukan terhadap Devy Barahim, 39, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melupuskan sebuah rim kereta milik seorang lelaki berusia 35 tahun, pada 23 September jam 9.15 pagi di Blok G, Vista Minintod, Penampang.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM3,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin melakukan pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia