Utusan Borneo (Sabah)

Tiada paksaan parti politik hantar senarai calon disaring SPRM

-

BALIK PULAU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) terbuka kepada mana-mana parti politik yang ingin menghantar senarai nama calon untuk saringan bagi memastikan mereka yang bakal bertanding pada pilihan raya umum akan datang bebas rasuah.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata perkara itu terpulang kepada parti- parti politik kerana tiada peruntukan dalam undang-undang untuk SPRM membuat saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa terhadap bakal calon pilihan raya.

“Tiada paksaan kepada parti- parti politik yang enggan melakukann­ya. Itu adalah komitmen sesebuah parti untuk menghantar nama bakal calon untuk saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa supaya pemimpin yang dipilih oleh rakyat kelak adalah bersih,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengetuai Konvoi Program Kembara Jelajah Anti Rasuah sempena sambutan Jubli Emas SPRM di sini, Khamis, Dzulkifli berkata saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa merupakan satu proses pertama sebelum seseorang individu itu bertanding atau dipilih sebagai calon.

SPRM baru-baru ini, dilapor mempelawa parti-parti politik yang bercadang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 supaya menyerahka­n senarai nama bakal calon kepada suruhanjay­a itu untuk disaring, dan setakat ini hanya Barisan Nasional (BN) menyerahka­n senarai nama cadangan calon untuk saringan.

Sementara itu, Dzulkifli tetap menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) yang dilihat mempunyai skop kerja dan tanggungja­wab yang sama dengan agensi-agensi sedia ada.

“Penubuhan JITN ini akan menjadi satu pembaziran bajet kerana skop kerjanya sudah dilakukan oleh agensiagen­si yang sedia ada dan ia akan mengganggu gugat peranan yang dimainkan SPRM,” katanya

Beliau berkata selain SPRM, negara juga mempunyai Institut Integriti Malaysia, Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan dan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini mempertaha­nkan penubuhan JITN sebagai usaha untuk menerajui transforma­si perubahan bagi membina kapasiti institusi terutamany­a dalam kalangan penjawat awam. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia