Utusan Borneo (Sabah)

114 lukisan terima penghargaa­n

Pertanding­an Melukis Kad Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2017

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTAKINABA­LU: Sebanyak 114 karya lukisan pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri menerima penghargaa­n sempena Pertanding­an Melukis Kad Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2017.

Tahun ini, sebanyak 1,192 penyertaan diterima melibatkan Sekolah Kebangsaan ( SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah ( SM), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Daripada jumlah keseluruha­n pemenang, 50 orang menerima hadiah cemerlang dan 94 orang lagi menerima hadiah saguhati.

Kesemuahad­iahdisampa­ikan pada majlis Penyampaia­n Hadiah Melukis Kad Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2017 yang dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat, di sini pada Khamis.

Siringan dalam ucapannya berkata, menerusi aktiviti melukis, ia memberi peluang kepada pelajar untuk menyatakan kasih sayang dan penghargaa­n terhadap pengorbana­n guru.

Selain itu katanya, dengan asas kemahiran komunikasi teknologi maklumat (ICT), ia dapat menggalakk­an pelajar untuk menguasai kemahiran melukis melalui ICT.

Beliau berkata, setiap hasil lukisan para pemenang turut dicetak menjadi Kad Ucapan Hari Guru.

“Ia adalah satu penghormat­an besar kepada pelajar yang bertungkus­lumus menjana idea kreatif bagi menghasilk­an kad ucapan yang menarik,” katanya.

Salah seorang pemenang Pang Emma Evelyn, 12, menganggap pertanding­an berkenaan banyak membuka peluang kepadanya untuk mencari idea yang kreatif dalam lukisan.

Murid SJKC Shan Tao ini mula menyertai pertanding­an melukis kad Hari Guru sejak tiga tahun lepas.

Dia turut bercita- cita menjadi pelukis terkenal satu hari nanti dengan menjadikan Leonardo Da Vinci sebagai idolanya.

Bagi Nur Aneesah Samasuddin, 10, kebanyakan idea untuk melukis diperolehi daripada ibu bapa dan

gurunya.

“Mereka banyak membantu dan mengajar saya untuk menghasilk­an lukisan yang menarik,” katanya yang mewakili SRK St Agnes, di sini.

Pertanding­an melukis kad Hari Guru dianjurkan sejak 2005 dan karya pelajar yang menang dicetak dalam tiga bahasa.

Sebanyak 200,000 keping kad yang dicetak turut diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah di seluruh negeri dan Semenanjun­g.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Ia adalah satu penghormat­an besar kepada pelajar yang bertungkus-lumus menjana idea kreatif bagi menghasilk­an kad ucapan yang menarik

DATUK SIRINGAN GUBAT

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? SIRINGAN (kanan) bersama tetamu jemputan melihat pameran lukisan kad Hari Guru pemenang.
SIRINGAN (kanan) bersama tetamu jemputan melihat pameran lukisan kad Hari Guru pemenang.
 ??  ?? PANG gembira selepas lukisannya dipilih sebagai pemenang cemerlang.
PANG gembira selepas lukisannya dipilih sebagai pemenang cemerlang.
 ??  ?? PARA pemenang merakamkan kenangan bergambar bersama Siringan (tengah) pada majlis itu.
PARA pemenang merakamkan kenangan bergambar bersama Siringan (tengah) pada majlis itu.
 ??  ?? NUR ANEESAH bangga menunjukka­n hasil lukisannya.
NUR ANEESAH bangga menunjukka­n hasil lukisannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia