Utusan Borneo (Sabah)

45 pelajar PPKI SMK Mutiara teruja lawat UMS Labuan

-

LABUAN: Seramai 45 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Mutiara begitu teruja ketika mengadakan lawatan mesra ke UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada Rabu.

Rombongan sekolah itu diketuai Penolong Kanan PPKI Awangku Kalong Pg Mahmud bersama 23 guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta 10 orang ibu bapa.

Menurut Penyelaras Program Rosnani Sahari, lawatan itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara dekat suasana pembelajar­an di universiti awam.

Selain itu, memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan teknologi maklumat dan kepentinga­nnya dalam dunia pendidikan.

“Lawatan itu juga untuk mengeratka­n hubungan di antara ibu bapa murid dan semua warga sekolah khususnya guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM) PPKI SMK Mutiara,” katanya.

Sempena lawatan itu, Pensyarah Fakulti Komputeran­dan Informatik (FKI) Dr Joe Henry menyampaik­an taklimat mengenai program yang ditawarkan di fakulti itu.

Joe Henry yang mewakili Dekan FKI Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim berharap pelajar PPKI SMK Mutiara itu akan mendapat pelbagai ilmu tambahan mengenai pendidikan tinggi di UMS Labuan khususnya di FKI.

Penolong Pegawai Tadbir Sektor Pentadbira­n Mohizam Mohamad turut menyampaik­an taklimat mengenai pentadbira­n UMS Labuan di Bilik Seminar Kiamsam, Bangunan Menara.

Sempena lawatan itu, pelajar melawat makmal FKI di Aras 9 dan menikmati pemandanga­n menarik Wilayah Persekutua­n Labuan dari Aras 13, Bangunan Menara UMS Labuan yang juga lokasi cerapan anak bulan.

Mereka turut melawat Perpustaka­an untuk melihat sendiri bahan bacaan yang terdapat di menara gading.

Sementara itu, Rosnani mengucapka­n terima kasih kepada Pengetua SMK Mutiara Louren Abon, PIBG SMK Mutiara, Penyelaras PPKI Roslaniah Zainal dan Penyelaras Program Nurul Hidayah Abd Rahim, guru-guru PPKI dan PPM serta ibu bapa pelajar yang terlibat dalam lawatan mesra itu.

 ??  ?? PELAJAR PPKI SMK Mutiara teruja melawat UMS Labuan.
PELAJAR PPKI SMK Mutiara teruja melawat UMS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia