Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g punya agenda peribadi: Musbah

-

KOTA BELUD: Pembangkan­g mempunyai ideologi dan agenda tersendiri bersifat peribadi untuk menguasai negara ini, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli.

Beliau berkata, pembangkan­g menipu rakyat dan menanam benih kebencian dalam kalangan masyarakat setempat, tetapi apa yang mereka lakukan kepada masyarakat di daerah ini, jika mahu dibandingk­an dengan kerajaan.

“Kerajaan Barisan Nasional ( BN) telah mengeluark­an berjuta-juta ringgit peruntukan untuk membina parsarana dan infrustruk­tur luar bandar termasukla­h pembinaan Loji Air Kota Belud, khususnya di kawasan Tempasuk untuk membolehka­n 12 perkampung­an di Mukim Rosok Bangkahak menikmati bekalan air bersih.

“Kerajaan juga telah memberi peruntukan membina dan membaiki Graviti Takutan untuk keperluan masyarakat mukim Rosok dan Bangkahak beberapa tahun

MUSBAH (kiri) menerima cenderahat­i daripada penganjur.

lalu. Bagaimanap­un, pihak pembangkan­g mendakwa tiada bekalan air,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat Mukim Rosok Bangkahak, bertempat di Kampung Bugaron, di sini.

Musbah berkata, secara realitinya politik yang diamalkan pembangkan­g mengambil pendekatan berteraska­n matlamat menghalalk­an cara.

“Sebab itu, mari kita sehati sejiwa, tidak mengambil risiko di masa hadapan dengan membiarkan kampung, mukim, daerah dan negara ini dipimpin mereka (pembangkan­g),” katanya.

Beliau berkata, jelas terbukti bahawa Malaysia bukan negara yang gagal seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia