Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sedia RM31.44j

Untuk sekolah mubaligh dan badan keagamaan

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Sejumlah RM31.44 juta bantuan kewangan diperuntuk­kan kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah mubaligh dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini bagi tahun 2017.

Menteri Tugas- Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata peruntukan itu adalah yang terbesar untuk tahun ini berbanding tahun lalu yang berjumlah RM31.398 juta.

“Ini menjadi sejarah buat kerajaan Sabah yang muncul antara negeri yang pertama menyalurka­n peruntukan sebegitu banyak bagi membantu golongan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n

“Ini menjadi sejarah buat kerajaan Sabah yang muncul antara negeri yang pertama menyalurka­n peruntukan sebegitu banyak bagi membantu golongan ” berkenaan

DATUK TEO CHEE KANG Menteri Tugas-Tugas Khas Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Sabah kepada sekolahsek­olah dan badan- badan keagamaan bukan Islam 2017 bagi bahagian Pedalaman Atas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Yin, di sini pada Khamis.

Katanya, bantuan kewangan itu adalah untuk menyelangg­ara dan membaikpul­ih bangunan serta kegunaan aktiviti berkaitan keagamaan.

Terdahulu dalam ucapan perasmian majlis itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Jospeh Pairin Kitingan berharap bantuan itu yang mula disalurkan sejak tahun 80’an dapat digunakan sebaik mungkin.

Katanya ia membuktika­n bahawa kerajaan negeri tidak sesekali mengabaika­n keperluan institusi badan keagamaan bukan Islam dan sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini.

Pada majlis itu, sebanyak 48 penerima bantuan sekitar Pedalaman Atas melibatkan bantuan kewangan berjumlah RM3.58 juta.

 ??  ?? PAIRIN dan Teo serta para penerima bantuan mengabadik­an gambar kenangan.
PAIRIN dan Teo serta para penerima bantuan mengabadik­an gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia