Utusan Borneo (Sabah)

PM umum peruntukan RM7 juta

Untuk persatuan peladang dan nelayan

-

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumka­n peruntukan sekali sebanyak RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) membabitka­n dana RM7 juta bagi tujuan pemantapan dua organisasi itu.

Mengumumka­nnya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 ( HPPNK2017) dan Malaysia Food Festival di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, Najib berkata peruntukan sebagai menghargai usaha golongan yang membekalka­n sumber makanan negara itu akan memanfaatk­an seramai sejuta anggota persatuan dari kalangan peladang, penternak dan nelayan seluruh negara.

“Menjadi peladang, penternak dan nelayan yang mencurah keringat demi menyediaka­n sumber makanan rakyat adalah pekerjaan yang cukup mulia dan sebagai golongan yang dekat di hati saya, sumbangan ‘wira tidak didendang’ ini perlu disanjung tinggi,” katanya.

Menurutnya, sektor pertanian dan agromakana­n menyumbang sebanyak RM89.3 bilion dan RM36.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2016, manakala pengeluara­n komoditi makanan utama seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan mencatatka­n pertumbuha­n menggalakk­an iaitu pada kadar 3.9 peratus setahun dalam tempoh 2011 hingga 2016.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan yang diluluskan Kementeria­n Kewangan itu mampu ‘menyegarka­n’ pimpinan peladang dan nelayan kawasan dalam konteks memajukan lagi sektor masing-masing.

Terdapat sejumlah 278 PPK di negara ini dan 88 PNK.

Bertemakan “Makanan Kita, Masa Depan Kita” perasmian HPPNK, yang akan berlangsun­g selama empat hari sehingga 1 Okt itu, turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata pemain industri pertanian perlu berpandang­an global dan mencipta kekayaan melalui sektor itu dan tidak hanya ‘ bermain’ di peringkat tempatan dengan berpandang­an pertanian, penternaka­n dan perikanan hanyalah untuk ‘ cukup makan’.

Katanya walaupun potensi industri pertanian belum direalisas­ikan sepenuhnya namun bibit-bibit kejayaan itu makin kelihatan berdasarka­n sambutan global terhadap durian, sarang burung walit, herba dan rumpai laut yang kini menjadi produk premium negara.

Najib menarik perhatian bahawa lawatannya ke China telah membuka pasaran baharu produk pertanian, terutamany­a durian yang telah dibenarkan untuk dieksport ke negara Tembok Besar itu selain kejayaan menarik pelaburan sebanyak RM144 bilion ke Malaysia.

Perdana Menteri turut berkongsi bahawa beliau adalah individu yang bertanggun­gjawab meminta supaya durian dibenarkan dieksport ke China ketika bertemu pemimpin utama negara itu, yang menyaksika­n pengusaha durian Musang King memperoleh keuntungan besar apabila nilai eksportnya melebihi RM100 sekilogram.

Kejayaan itu jelas menepis fitnah pembangkan­g kononya beliau menjual kedaulatan negara sedangkan kunjungann­ya telah membuahkan pelbagai kejayaan yang akhirnya membawa manfaat besar kepada rakyat, katanya.

Menjadikan pembanguna­n Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagaicon­toh lain, Perdana Menteri berkata kemudahan rel merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang itu bakal membawa banyak manfaat kepada petani, penternak dan nelayan dalam aspek mengekspor­t pengeluara­n mereka.

“Dengan sistem logistik baharu yang moden dan efisien, pengedaran produk pertanian oleh nelayan, penternak dan petani tidak lagi perlu melalui orang tengah dan keadaan itu tentunya memberi lebih keuntungan kepada pengeluar,” kata Najib.

Beliau berkata pembanguna­n ECRL itu juga dijangka membantu meningkatk­an ekonomi di Pantai Timur sebanyak 1.5 peratus setahun yang antara lain disebabkan kuasa beli yang bertambah.

“Kebaikan hubungan baik dengan negara kuasa ekonomi ini tidak didedah pembangkan­g sedangkan tujuan kita adalah jelas iaitu apabila menjadi sebahagian daripada ‘ global supply chain’, kita akan membawa banyak keuntungan kepada petani, penternak dan nelayan,” katanya.Bernama

“Menjadi peladang, penternak dan nelayan yang mencurah keringat demi menyediaka­n sumber makanan rakyat adalah pekerjaan yang cukup mulia dan sebagai golongan yang dekat di hati saya, sumbangan ‘wira tidak ” didendang’ ini perlu disanjung tinggi.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama pemenang Anugerah Agropreneu­r Muda Jaya Peringkat Kebangsaan 2017 Kamarruzam­an Abdul Jalil selepas merasmikan Hari Penternak , Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) di Malaysia...
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama pemenang Anugerah Agropreneu­r Muda Jaya Peringkat Kebangsaan 2017 Kamarruzam­an Abdul Jalil selepas merasmikan Hari Penternak , Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) di Malaysia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia