Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 200kg dadah dilupuskan di Perak

-

TAIPING: Lebih 196 kilogram dadah pelbagai jenis termasuk daun ketum bernilai lebih RM7.7 juta dimusnahka­n pada program pelupusan eksibit dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Perlucutha­kan Harta Jabatan Siasiatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, ACP Raja Zahudeen Raja Toran berkata dadah terlibat termasuk heroin seberat 24.9 kg; ganja (15 kg); syabu (27.1kg); ketamin (2.3kg); Ecstacy/Yaba (37.50 gram); daun ketum (123.9kg) selain ubat batuk sebanyak 39.6 liter serta air ketum 164.92 liter.

Dadah yang dilupuskan itu membabitka­n 3,630 kertas siasatan yang telah selesai perbicaraa­n sejak 2008 di 15 daerah di Perak iaitu Ipoh, Taiping, Manjung, Hilir Perak, Tapah, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Sungai Siput, Muallim, Kampar, Gerik, Kerian, Pengkalan Hulu, Selama dan Perak Tengah.

Beliau memberitah­u sidang media pada program pelupusan eksibit dadah JSJN Perak di sini, hari ini sebanyak 5,573 orang telah dikenakan tindakan sejak Januari hingga Ogos tahun ini di bawah tindakan pembantera­san ke arah penguranga­n bekalan dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A( 2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 6B akta yang sama.

“Berdasarka­n sasaran KPI (Petunjuk Prestasi Utama) , JSJN Perak telah mencapai sasaran iaitu sebanyak 105 peratus bagi kategori bekalan,” katanya.

Selain itu, Raja Zahudeen berkata seramai 3,813 orang telah dikenakan tindakan sejak Januari hingga Ogos tahun ini bagi pembantera­san ke arah penguranga­n permintaan memiliki dadah iaitu tindakan mengikut Seksyen 12( 2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 9, Seksyen 6 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 9 Akta Racun 1952.

“Berdasarka­n sasaran KPI, JSJN Perak telah mencapai sasaran sebanyak 103 peratus bagi kategori memiliki,” katanya.

Tambah Raja Zahudeen sebanyak 5,821 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 3,780 kertas siasatan telah dituduh iaitu dengan sasaran KPI sebanyak 55 peratus.Bernama

 ??  ?? PENOLONG Pengarah Bahagian Pelucuthak­an Harta JSJN Bukit Aman ACP Raja Zahudeen Raja Toran (kanan) bersama para pegawainya menunjukka­n dadah yang bakal di lupuskan di di Majlis Pelupusan Eksibit Dadah Jabatan Narkotik Kontinjen Perak di Edgenta Mediserve Sdn Bhd pada Khamis.
PENOLONG Pengarah Bahagian Pelucuthak­an Harta JSJN Bukit Aman ACP Raja Zahudeen Raja Toran (kanan) bersama para pegawainya menunjukka­n dadah yang bakal di lupuskan di di Majlis Pelupusan Eksibit Dadah Jabatan Narkotik Kontinjen Perak di Edgenta Mediserve Sdn Bhd pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia