Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar kejutkan rakan-rakan tentang kebakaran

-

REMBAU: Seorang pelajar yang menyedari terdapat percikan api menyelamat­kan 36 rakannya yang lain dari kebakaran asrama pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa ( STIAS), Kampung Nerasau, Kota di sini awal pagi Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata perkara itu disedari Nur Athirah Izzati Shamsul Murfiz, 15, yang tersedar dari tidurnya.

“Pelajar itu tersedar dari tidur dan ternampak percikan api di bahagian siling bilik asrama dan dia segera mengejutka­n rakanrakan­nya yang lain supaya segera keluar menyelamat­kan diri. Para pelajar yang berumur antara 13 hingga 17 tahun turut mengejutka­n dua warden wanita asrama mereka.

“Kita kemudian menerima panggilan kecemasan daripada warden pada pukul 1.51 pagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak bomba sempat menyelamat­kan satu blok surau dan dewan di bahagian belakang asrama berkenaan.

Turut terdapat dua orang kakitangan dan dua pengawal keselamata­n semasa kejadian.

Norazam berkata pihaknya akan membuat siasatan menyeluruh­untukmenen­tukan punca kebakaran termasuk memanggil unit forensik bomba dan unit anjing pengesan.

“Kita akan menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk aspek kecuaian, khianat, pendawaian dan sebagainya yang boleh menyebabka­n punca kebakaran,” katanya.

Beliau berkata kini kesemua 37 pelajar terbabit ditempatka­n di STIAS, Km 35, Jalan Seremban-Tampin.

Pengetua STIAS, Nor Badrulzama­n Nordin berkata bangunan asrama tersebut beroperasi sejak 2014 dan menepati aspek keselamata­n termasuk terdapat pintu-keluar masuk dan alat pemadam api, malah latihan kebakaran dan taklimat keselamtan sering diadakan.

“Pendawaian bangunan asrama in berada ditahap terbaik,” katanya.

“Kita akan berikan cuti kepada pelajar sehingga waktu yang ditetapkan,” katanya.Bernama

 ??  ?? KEADAAN asrama penginapan pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa musnah 60 peratus ekoran kebakaran yang berlaku awal pagi Khamis.
KEADAAN asrama penginapan pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa musnah 60 peratus ekoran kebakaran yang berlaku awal pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia