Utusan Borneo (Sabah)

DBKL bakal bina kompleks penguatkua­saan di Bandar Tun Razak

-

KUALA LUMPUR: Sebuah kompleks baharu yang menempatka­n Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berharga kira-kira RM80 juta akan dibina di Bandar Tun Razak dalam masa terdekat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pembinaan kompleks 15 tingkat itu yang serba lengkap dengan teknologi terkini, dijadualka­n siap sepenuhnya menjelang 2019.

Beliau berkata kompleks tersebut merupakan satu keperluan kepada penguat kuasa DBKL ekoran bangunan sedia ada di Jalan Tun Razak di sini, akan dirobohkan bagi memberi laluan pembanguna­n di kawasan itu.

“Tapak lama di Jalan Tun Razak itu kita menumpang dan tanah tersebut adalah tanah persendiri­an dan mereka ada perancanga­n. Kompleks baharu akan menempatka­n lebih 1,500 anggota penguat kuasa, dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk depoh, padang kawad, stor senjata dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Hari Penguat Kuasa DBKL ke-48, di Padang Kawad Pusat Latihan DBKL, di sini pada Khamis yang disempurna­kan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementarai­tu, berhubungi­su video pertengkar­an di antara seorang pemandu kereta dan anggota penguat kuasa yang tular di media sosial baru-baru ini, Mhd Amin menjelaska­n perbuatan pemandu kereta itu seolah-olah tidak takut kepada undang-undang.

Beliau mengingatk­an warga kota agar mematuhi undangunda­ng sedia ada, walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Kalau letak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya kita akan saman, kalau semua orang letak kenderaan tidak tentu arah, apa akan jadi pada ibu kota ini?. Saya minta sangat warga kota, sama ada dia suka atau tidak, dia kena hormat undang- undang ,” kata beliau.

Mhd Amin berkata beliau memandang serius kesalahan trafik yang menjadi antara faktor punca kesesakan di ibu kota.

Sejak Januari sehingga Ogos 2017, sebanyak 931,747 notis kesalahan trafik dikeluarka­n DBKL dengan jumlah keseluruha­n kompaun bernilai lebih RM5 juta.

Sepanjang tempoh itu juga, pihak DBKL telah mengapit sebanyak 41,624 kenderaan dan menunda 5,652 kenderaan yang didapati melanggar undang- undang trafik.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia