Utusan Borneo (Sabah)

Semua pusat anak yatim, tahfiz di Pahang perlu berdaftar

-

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua rumah anak yatim dan pusat tahfiz di negeri ini yang tidak berdaftar supaya segera berbuat demikian atau berdepan tindakan.

Baginda bertitah pendaftara­n pusat itu sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) atau Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) penting supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemeriksaa­n keselamata­n serta membolehka­n penyaluran bantuan dilaksanak­an dengan teratur, demi kebaikan penghuniny­a.

Titah baginda, soal pendaftara­n tidak boleh diketepika­n walaupun mungkin ada segelintir masyarakat berpandang­an pusat jagaan anak yatim mahupun pengajian pendidikan Islam itu hanya melibatkan jumlah pelajar yang kecil.

“Jika hanya ada 10 orang sekalipun, isu keselamata­n harus diberi keutamaan dan mereka berhak mendapat jaminan keselamata­n terbaik. Saya telah banyak kali menegur perkara ini. Jadi saya harap sebelum berlaku perkara tidak diingini, elok mereka berdaftar.

“Jangan berkomprom­i soal keselamata­n. Bomba juga perlu mainkan peranan aktif melakukan pemeriksaa­n dan beri nasihat sewajarnya. Jangan bila sudah berlaku kejadian tidak diingini, baru hendak bertindak. Elok kita bertindak sekarang supaya tidak menyesal,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan dan Pembanguna­n Anak Yatim Negeri Pahang 2017 yang dihadiri 350 pengusaha, sukarelawa­n dan ahli akademik yang aktif dalam kegiatan berkaitan anak yatim.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia