Utusan Borneo (Sabah)

Amal budaya memasyarak­atkan sekolah

Sediakan persekitar­an selesa, kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajar­an

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Opengmahur­akyat negeri ini mengamalka­n budaya memasyarak­atkan sekolah untuk membantu meningkatk­an prestasi murid dan sekolah.

Beliau berkata sekolah, tempat anak-anak menimba ilmu atau menerima pendidikan perlu menyediaka­n persekitar­an selesa dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajar­an.

“Ibu bapa yang mempunyai sikap prihatin terhadap pendidikan anak-anak akan sentiasa mengambil tahu perkembang­an pembelajar­an anak-anak.

“Selain itu sentiasa bekerjasam­a dengan pihak sekolah dengan memberi buah fikiran dan apa jua sumbangan yang dapat meningkatk­an prestasi sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Satu Blok Bilik Darjah Empat Tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tapah kira-kira 38 kilometer dari sini.

Abang Johari berkata pada masa sama pihak sekolah juga harus mengamalka­n pendekatan mesra masyarakat supaya segala aktiviti sekolah mendapat sokongan dan bantuan daripada masyarakat seterusnya sama- sama menjayakan­nya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Manyin berkata budaya memasyarak­atkan sekolah disarankan Ketua Menteri itu sejajar dengan konsep ‘ Sekolah Ku’ ( My School) yang akan diperkenal­kan oleh kerajaan pusat.

Beliau berkata pengenalan konsep baharu itu bertujuan menggalakk­an ibu bapa dan penduduk setempat menyumbang kepada sekolah.

“Isnin depan saya mewakili kerajaan negeri akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur untuk mengetahui lebih lanjut apa itu konsep ‘My School’.

“Pada dasarnya ia menggalakk­an penglibata­n ibu bapa dan masyarakat setempat supaya menyumbang kepada sekolah.

“Di seluruh negeri Sarawak hanya satu sekolah akan dipilih sebagai sekolah perintis,” katanya.

Manyin bagaimanap­un berkata konsep ‘ Sekolah Ku’ sudah lama wujud, ibu bapa dan penduduk setempat memberi sumbangan untuk menjayakan projek- projek sekolah tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Inilah yang dilakukan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (C) Tapah dan Lembaga Pengurusan Sekolah, berusaha mendapatka­n sumber dana bagi menambah peruntukan diberikan kerajaan negeri untuk memastikan blok bilik darjah baharu itu dapat disiapkan.

Ibu bapa yang mempunyai sikap prihatin terhadap pendidikan anak-anak akan sentiasa mengambil tahu perkembang­an pembelajar­an anak-anak.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? MANYIN mewakili Ketua Menteri menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Satu Blok Bilik Darjah Empat Tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Tapah.
MANYIN mewakili Ketua Menteri menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Satu Blok Bilik Darjah Empat Tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Tapah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia