Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 diharap beri lebih banyak peruntukan kepada S’wak

-

KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berharap Bajet 2018 akan memberi lebih banyak peruntukan kepada Sarawak khususnya bagi projek luar bandar.

Menurut beliau, ini kerana Sarawak memerlukan banyak dana untuk melengkapk­an kemudahan bekalan air dan elektrik.

“Saya yakin Bajet 2018 adalah bajet mesra dan akan memberi lebih banyak peruntukan kepada Sarawak untuk membangunk­an luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Kolej Sunway Kuching dan Internatio­nal Associatio­n of Book-keepers di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu.

Selain itu, Wong juga ingin melihat lebih banyak peruntukan untuk pembinaan jalandanja­mbatandise­panjang jalan pesisir negeri ini.

“Kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan jalan pesisir yang telah diluluskan oleh kabinet persekutua­n dan ia memerlukan pembinaan banyak jambatan untuk menghubung­kan sepanjang laluan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan persekutua­n juga perlu menyediaka­n banyak peruntukan untuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo agar ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut jadual.

Sementara itu, Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an menyokong jangkaan dalam laporan RHB baru-baru ini yang menyebut Bajet 2018 mungkin akan memperkena­lkan cukai edagang.

“Saya rasa ia adalah perlu kerana banyak transaksi dijalankan menerusi e-dagang yang kadang-kadang tidak dapat dikesan.

“Jadi peraturan perlu diwujudkan untuk mengawalny­a supaya orang yang mengaut keuntungan menerusi e- dagang perlu membayar cukai untuk pendapatan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia