Utusan Borneo (Sabah)

Penahanan setiausaha politik, Riot akan adakan sidang media dalam masa terdekat

-

KUCHING: Menteri Sumber Manusia Dato Sri Richard Riot Jaem dijangka akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung penahanan seorang setiausaha politiknya oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, Riot yang juga Ahli Parlimen Serian buat ketika ini belum dapat memberi sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit.

“Menteri ( Riot) akan adakan sidang media dalam masa terdekat dan tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenainy­a buat masa ini,” kata sumber ketika dihubungi, Rabu.

Sementara itu, Bernama pada Rabu melaporkan, SPRM menahan seorang setiausaha politik sebuah kementeria­n bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, SPRM telah menahan setiausaha berkenaan pada 12.30 tengah hari Rabu dan individu berkenaan akan dibawa ke mahkamah pada Khamis untuk mendapatka­n perintah tahanan reman bagi membolehka­n badan itu menjalanka­n siasatan dengan lebih lanjut.

“Sebelum ini, kita telah menangkap empat orang berhubung perkara sama penyelewen­gan wang PTPK yang mana kesemua individu terbabit telah pun direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Hari ini (Rabu) SPRM telah membuat tangkapan terhadap seorang lagi yang merupakan setiausaha politik sebuah kementeria­n,” katanya.

Dzulkifli berkata, setiausaha terbabit merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan wang peruntukan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia