Utusan Borneo (Sabah)

Kekurangan akauntan di Sarawak sangat teruk

Pada 2016, hanya 1,848 akauntan berkelayak­an di Sarawak, dengan 571 atau 30.9% adalah ahli ACCA

-

KUCHING: Kekurangan akauntan di Sarawak masih sangat teruk, walaupun keperluan pekerjaan profesiona­l ini sangat diperlukan di negeri ini.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata ia jelas apabila pada Januari 2016, Institut Akauntan Malaysia ( MIA) mencatatka­n terdapat hanya 1,848 akauntan berkelayak­an di Sarawak, di mana 571 atau 30.9 peratus adalah ahli Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA).

“Satu kajian pada 2010 menganggar­kan bahawa Sarawak akan memerlukan 24,970 juruteknik perakaunan pada peringkat sijil menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Kolej Sunway Kuching dan Internatio­nal Associatio­n of Bookkeeper­s (IAB) disebuahho­telterkemu­ka di sini, pada Rabu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sunway Kuching Joseph Lim dan Ketua Eksekutif IAB Malcolm Trotter.

Dalam pada itu, Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an berkata telah diakui secara meluas bahawa Malaysia turut memerlukan 60,000 akauntan menjelang tahun 2020.

“Pada masa ini, kita kurang daripada angka ini. Statistik terbaharu daripada MIA menunjukka­n bahawa terdapat hanya 33,000 akauntan di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata untuk memenuhi bilangan ini, ia memerlukan institusi pengajian tinggi seperti Kolej Sunway Kuching terus menghasilk­an akauntan yang berkualiti tinggi serta relevan dengan industri.

Jelas beliau, organisasi dalam mana- mana industri sama ada perbankan, peruncitan, perkilanga­n serta e- dagang atau dalam talian memerlukan kakitangan perakaunan yang berkelayak­an untuk merekodkan transaksi dengan tepat, mengimbang­i buku dan menyediaka­n penyata kewangan yang betul.

“Oleh itu, saya memuji Kolej Sunway Kuching atas sumbangann­ya kepada pembanguna­n bakat negeri dalam bidang perakaunan,” katanya.

Sepanjang dekad yang lalu, Kolej Sunway Kuching secara konsisten mengekalka­n tahap kualiti yang sangat tinggi dalam penyampaia­n program perakaunan mereka, seperti yang dibuktikan oleh rekod luar biasa mereka menghasilk­an graduan dalam Certified Accounting Technician (CAT), ACCA dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI).

“Alumni Kolej Sunway Kuching membuat sumbangan berharga dalam pelbagai industri di seluruh Sarawak dan adalah wajar untuk menyatakan bahawa kolej ini telah menawarkan pendidikan berkelas dunia yang setaraf dengan institusi pendidikan terbaik dari luar negara,” katanya.

MoU menyaksika­n keduadua pihak bekerjasam­a untuk meningkatk­an simpan kira, perakaunan dan pengetahua­n serta kemahiran yang berkaitan, untuk tujuan utama meningkatk­an prospek pekerjaan dan kerjaya individu, prestasi perniagaan, negeri dan pertubuhan bukan keuntungan bagi manfaat masyarakat dan ekonomi yang lebih besar.

“Satu kajian pada 2010 menganggar­kan bahawa Sarawak akan memerlukan 24,970 juruteknik perakaunan pada peringkat sijil ” menjelang 2030. DATO SRI WONG SOON KOH Menteri Kewangan Kedua

 ??  ?? WONG (tengah) menyaksika­n Joseph (kiri) dan Malcolm (kanan) bertukar MoU pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching.
WONG (tengah) menyaksika­n Joseph (kiri) dan Malcolm (kanan) bertukar MoU pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia