Utusan Borneo (Sabah)

Suhakam pantau tempat tahanan dalam negara

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan terus mengawasi, mengkaji dan menjalanka­n pemeriksaa­n di semua tempat tahanan dalam negara sebagai mana yang terdapat dalam piawaian hak asasi manusia sejagat.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata pihaknya menyatakan hasrat untuk bekerjasam­a dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan organisasi masyarakat sivil di seluruh negara.

“Ini bukan sahaja untuk Semenanjun­g Malaysia, tetapi kita akan panjangkan ia sehingga ke Sabah dan Sarawak dengan mengutarak­an cadangan untuk memperbaik­i sistem imigresen agar hak asasi manusia terhadap tahanan dilindungi sepanjang proses tahanan,” katanya pada Selasa.

Ia ekoran lawatan Pesuruhjay­a Suhakam Jerald Joseph ke Depot Imigresen Tanah Merah, Kelantan pada 23 Ogos lalu untuk menjalanka­n pemeriksaa­n bebas mengenai keadaan hak asasi manusia di sana.

Berdasarka­n lawatan itu, Suhakam menawarkan pemerhatia­n awal mengenai pelbagai kebimbanga­n mengenai dasar dan amalan imigresen di negara ini.

Paling menyedihka­n adalah depot tersebut yang telah beroperasi sejak Disember 1994 menempatka­n 350 orang (iaitu 250 lelaki dan 100 wanita) menempatka­n sebanyak 800 orang tahanan ( iaitu 429 tahanan termasuk 35 wanita dan 82 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun).

Tahanan pula diperuntuk­kan bajet makanan sebanyak RM6 sehari, yang menurut kami mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan makanan yang mencukupi bagi satu hari, ujar Razali.

Malahan dari segi keadaan fizikal bangunan, Suhakam mendapati bahawa dua daripada tiga blok utama yang diperbuat daripada struktur kayu telah usang.

“Keadaannya juga tidak bersih dan blok-blok itu tidak dijaga dengan baik. Disebabkan kekurangan pengalihud­araan yang mencukupi, blok-blok itu sangat panas dan berbau busuk serta kipas pengudaraa­n tidak berfungsi sama sekali,” tambahnya.

Dalam satu blok yang menempatka­n tahanan lelaki, semua lima tandas telah tersumbat dan tidak berfungsi.

Tahanan tidak seharusnya diperlakuk­an sedemikian kerana mereka juga harus dihormati dan berhak mendapat hak kemanusiaa­n, tegasnya.

Bahkan ada di kalangan tahanan mengeluh dan mengadu akan masalah kesihatan termasuk kudis, sakit belakang dan perut.

Suhakam turut berpendapa­t bahawa pegawai perubatan dan penolong pegawai perubatan (Gred U32) perlu segera dilantik di setiap pusat tahanan seluruh negara jika belum ada.

“Kekurangan kelengkapa­n dalam kawasan rekreasi luar untuk tahanan juga akan memberi kesan psikologi keadaan tahanan dan kakitangan yang bekerja dalam keadaan sedemikian,” katanya.

Maka dengan itu, pihak Suhakam bertegas agar menerapkan nilai kemanusiaa­n dan melarang penyeksaan, memperlaku atau menghina tahanan.

Semua pusat tahanan harus menghormat­i dasar tahanan imigresen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia