Utusan Borneo (Sabah)

Program Jiwa Murni Mega Dive pelihara hidupan batu karang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Program Jiwa Murni Mega Dive 2017 mampu memelihara hidupan batu karang selain memastikan kebersihan persekitar­an Pulau Udar tetap terjaga.

Panglima Logistik Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ir Ow Kiat Bin berkata selain memungut sampah salah satu pengisian program juga adalah dengan mengutip kira- kira 5,000 landak laut di sekitar Jeti Pusat Kecemerlan­gan Perahu Layar TLDM.

“Landak laut bukan sahaja membahayak­an individu yang masuk ke dalam laut tetapi hidupan ini juga boleh merosakkan pertumbuha­n batu karang di dasar laut.

“Selepas dikutip hidupan ini akan diserahkan kepada nelayan dari Kampung Gentisan yang turut serta dalam program ini untuk dijadikan hidangan selain merapatkan hubungan silaturahi­m antara TLDM dan penduduk sekitar Pulau Udar,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan meletakkan tukun tiruan untuk dijadikan tempat pembiakan batu karang.

“Usaha ini mampu menjadikan kawasan dasar laut berubah kepada persekitar­an yang cantik dalam tempoh masa kira-kira setahun atau dua tahun lagi dan mampu menarik lebih ramai penyelam ke kawasan ini.

“Kerjasama daripada agensi luar termasuk Institut Penyelidik­an Marin Borneo dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS) juga mampu memberikan sokongan serta bantuan berterusan melalui program seumpamany­a,” katanya.

Beliau juga berharap agar program Jiwa Murni Mega Dive itu mampu menyedarka­n orang awam tentang pentingnya menjaga kebersihan dan memupuk sikap mencintai alam sekitar serta membantera­s pembuangan sampah yang boleh menjejaska­n khazanah laut.

“TLDM juga melancarka­n beberapa program termasuk Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Green Navy bagi menyokong usaha kerajaan membersihk­an dan mencantikk­an alam sekitar,” katanya sambil menambah, orang ramai turut dialu-alukan untuk mengikuti program berkenaan.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Kapal Selam Kept Abdul Sani Ismail TLDM, Pegawai Memerintah Markas Pemerintah­an Armada Timur Kept Zahid Abd Aziz TLDM serta wakil agensi terlibat.

Program Jiwa Murni disertai lapan anggota TLDM sendiri selain dibantu penduduk kampung dan nelayan dari Kampung Gentisan.

 ??  ?? OW Kiat Bin turut bersama-sama mengangkat Landak Laut yang dikutip sebelum diserahkan kepada penduduk kampung.
OW Kiat Bin turut bersama-sama mengangkat Landak Laut yang dikutip sebelum diserahkan kepada penduduk kampung.
 ??  ?? MUHAMMAD Ali (kiri) bersama pelajarnya turut membantu TLDM mengutip landak laut.
MUHAMMAD Ali (kiri) bersama pelajarnya turut membantu TLDM mengutip landak laut.
 ??  ?? LANDAK laut yang dikeluarka­n dari dasar laut berhampira­n Jeti Pusat Kecemerlan­gan Perahu Layar TLDM.
LANDAK laut yang dikeluarka­n dari dasar laut berhampira­n Jeti Pusat Kecemerlan­gan Perahu Layar TLDM.
 ??  ?? PEGAWAI Waran I Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Almudi Eskal menunjukka­n hasil kutipan landak laut.
PEGAWAI Waran I Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Almudi Eskal menunjukka­n hasil kutipan landak laut.
 ??  ?? AKTIVITI memungut sampah di sekitar Pulau Udar.
AKTIVITI memungut sampah di sekitar Pulau Udar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia