Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n pemilih secara dalam talian, media sosial tidak sah: SPR

-

PUTRAJAYA: Pendaftara­n pemilih secara dalam talian atau melalui aplikasi media sosial adalah tidak dibenarkan dan tidak sah, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Sejak kebelakang­an ini, katanya, terdapat pihak menyebarka­n maklumat kononnya pendaftara­n pemilih boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui aplikasi media sosial dengan hanya menghantar gambar kad pengenalan MyKad mereka ke nombor talian telefon tertentu dan mereka akan didaftarka­n segera sebagai pemilih.

“SPR ingin menegaskan bahawa kaedah itu adalah tidak dibenarkan dan tidak sah,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Mohd Hashim menegaskan bahawa kaedah pendaftara­n yang diguna pakai sekarang memerlukan individu itu hadir sendiri ke kaunter pendaftara­n SPR atau manamana kaunter pejabat pos berkompute­r atau melalui Penolong Pendaftar Pemilih ( PPP) yang dilantik oleh SPR.

Mereka perlu membawa bersama MyKad yang asal, mengisi Borang A dan menandatan­gani borang tersebut, katanya.

“Setelah mendaftar sebagai pemilih, pemohon sepatutnya menerima salinan Borang A bagi urusan sekiranya untuk membuat tuntutan jika permohonan­nya tidak diterima atau diproses oleh SPR.

“Orang ramai dinasihatk­an agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan mesej yang ditularkan itu kerana dibimbangi maklumat peribadi mereka akan disalahgun­akan untuk tujuan lain oleh pihak terbabit,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an PPP yang dilantik agar tidak terlibat dalam menjalanka­n kaedah pendaftara­n yang melanggar Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftara­n Pemilih) 2002 kerana SPRtidakak­anteragaka­gak untuk menamatkan pelantikan mereka dengan serta merta.

Mohd Hashim menasihatk­an warganegar­a yang masih belum mendaftar sebagai pemilih agar mengambil peluang mendaftar dengan segera tanpa menunggu di saat akhir.

“Mendaftar sebagai pemilih dan mengundi semasa pilihan raya adalah tanggungja­wab sebagai seorang warganegar­a,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia