Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat khas tertutup hari ini

Susulan penemuan lapan bangkai penyu

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Satu mesyuarat tertutup akan diadakan pada pagi ini (Jumaat) yang akan diketuai Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bulah berhubung penemuan lapan bangkai penyu di perairan Pulau Bum-Bum.

Utusan Borneo difahamkan, mesyuarat tertutup itu akan turut melibatkan Jabatan Hidupan Liar (JHL), Taman-Taman Sabah ( TTS) dan World Wildlife Foundation (WWF).

Perbincang­an mengenai kes terbaharu itu juga akan turut disertai agensi penguatkua­sa seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan.

Beliauyang­dihubungid­isini pada Khamis berkata segala hasil dapatan yang diperolehi selepas mengadakan siasatan dan tinjauan di lokasi bangkai penyu ditemui akan diselidik.

“Setakat ini, saya difahamkan oleh JHL bahawa terdapat lapan bangkai penyu yang sudah ditemukan, dan dipercayai masih ada baki bangkai penyu yang belum ditemui,” katanya.

Chacho berkata, penemuan yang direkodkan di perairan Pulau Bum- Bum, namun dipercayai kemungkina­n ada bangkai lain yang terdampar di pulau-pulau yang berhampira­n.

“Kita mengesyaki penyupenyu ini dibunuh di laut terlebih dahulu sebelum dihanyutka­n arus ombak ke kawasan pantai- pantai berhampira­n kerana mudah terapung,” katanya.

Beliau berkata cukup kesal dengan insiden yang berlaku kerana Semporna terkenal sebagai pusat pelanconga­n kepada pelancong di seluruh dunia.

Secara tidak langsung, spesis penyu hijau menjadi salah satu aset pelanconga­n daerah terbabit yang sekaligus menarik kehadiran pelancong ke daerah berkenaan.

“Selain terumbu karang, pulau, ikan, rumpai laut dan keindahan alam semulajadi, penyu menjadi salah satu aset pelanconga­n utama di daerah ini,” katanya.

Chacho berkata kes itu kemungkina­n didalangi oleh nelayan dari luar negara, kerana faktor terletak di perairan antarabang­sa berhampira­n Indonesia dan Filipina.

Beliau menyelar perbuatan tidak bertanggun­gjawab terbabit dan menyifatka­nnya dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran tentang spesis yang dilindungi.

“Saya bukan menuduh tetapi tidak menafikan perkara sebegini masih berlaku walaupun kita sudah melakukan banyak kempen kesedaran selama ini secara berterusan.

“Kita berharap aktiviti memburu penyu di Semporna dihentikan segera kerana lambat-laun para pelakunya pasti akan ditemui juga,” katanya.

Beliau berkata warga Daerah Semporna sentiasa mengambil berat spesis terancam terbabit dan berharap tindakan lebih drastik diambil terhadap pelakunya.

Pada masa sama, beliau mengucapka­n tahniah kepada JHL, TTS dan WWF selain PPM yang sentiasa memberikan komitmen berjuang menangani isu-isu pembunuhan penyu.

“Kita mengesyaki penyu-penyu ini dibunuh di laut terlebih dahulu sebelum dihanyutka­n arus ombak ke kawasan pantai-pantai berhampira­n ” kerana mudah terapung.

DR CHACHO BULAH Pegawai Daerah Semporna

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia