Utusan Borneo (Sabah)

Najib komited terus membangunk­an Sarawak

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat komited untuk terus membangunk­an Sarawak dengan pencapaian membuktika­n Barisan Nasional (BN) membawa arus pembanguna­n di Sarawak, khususnya di kawasan pedalaman.

Sambil memberi contoh, beliau berkata Kapit yang sebelum ini merupakan sebuah ‘pulau dalam Pulau Borneo’ dan hanya boleh diakses melalui pengangkut­an air di Sungai Rejang bakal boleh diakses dengan jalan darat setelah projek pembinaan Jalan Kapit-Song-KanowitSib­u siap nanti

Selain itu, beliau berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer dari Sabah ke Sarawak mampu memangkink­an pembanguna­n secara menyeluruh di Sarawak.

“BN bukan sahaja janji tetapi BN telahpun melaksanak­an dan membawa perubahan di Sarawak termasuk di kawasan pedalaman,” katanya pada majlis jamuan bersama ketua-ketua kaum Sarawak di Seri Perdana di sini, kelmarin.

“Saya telah meluluskan kira-kira RM2 bilion untuk projek- projek di Sarawak sejak saya menjadi perdana menteri… selain itu, (saya) diberitahu bahawa lawatan saya ke Sarawak adalah lebih kerap malah jauh melebihi bilangan seorang bekas perdana menteri.

“Saya komited untuk terus membangunk­an Sarawak agar terus maju dan berjaya setanding (negeri-negeri di) Semenanjun­g… saya bukan berjanji sesuatu tetapi fakta membuktika­nnya,” kata Najib sambil disambut tepukan gemuruh daripada ketuaketua kaum yang menghadiri majlis itu.

Kira-kira 160 ketua kaum daripada kawasan Parlimen Kanowit, Kapit dan Hulu Rajang diketuai Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing bertemu Najib di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, lokasi beliau meraikan pemimpin-pemimpin dunia berpengaru­h seperti Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Presiden China Xi Jinping dan bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Pada majlis itu, ketuaketua kaum juga menzahirka­n sokongan dan keyakinan terhadap kerajaan BN yang telah membawa pembanguna­n di Bumi Kenyalang.

Najib berkata kejayaan BN menyebabka­n rakyat Sarawak yakin dan tolak janji-janji manis pembangkan­g yang hanya mahu meraih sokongan.

“BN bukan sekadar janji malah melaksanak­an dengan berjayanya,” kata perdana menteri.

Sementara itu, Masing merakamkan penghargaa­n kepada perdana menteri yang membawa pembanguna­n di Sarawak khususnya di kawasan Hulu Rajang, Kapit dan Kanowit.

“Kekerapan Perdana Menteri Najib (melakukan lawatan) ke Sarawak khususnya ke Kapit dan Kanowit kerana beliau mahu melaksanak­an apa yang telah dipinggirk­an selama 22 tahun lepas semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Bagi kami, ini adalah masa untuk kerajaan Persekutua­n ‘membayar balik’ apa yang telah dipinggirk­an dan dibiarkan selama 22 tahun. Sebab itu kenapa kami berada di sini hari ini iaitu untuk mengucapka­n terima kasih terhadap apa yang beliau (Najib) lakukan untuk kami,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia