Utusan Borneo (Sabah)

Peladang, penternak, nelayan sokong Najib

-

SERDANG: Golongan peladang, penternak dan nelayan hari ini menzahirka­n sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas peranan dan sumbangann­ya dalam memaju dan memperkasa­kan sektor pertanian.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Seri Saipol Bahari Suib yang mewakili kelompok itu, berkata mereka tidak akan sesekali lupa sumbangan, insentif dan bantuan yang diberikan perdana menteri kepada penggiat tani seluruh negara.

“Tidak ada sebab untuk tidak menyokong kerajaan kerana setiap satu hektar tanah tanaman padi kami dapat subsidi RM2,600, nelayan memperoleh elaun sara hidup RM300 sebulan dan subsidi pembelian padi sebanyak RM500 juta.

“Kami juga tidak lupa pembekalan baja padi, racun dan kapur yang diberikan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib kepada NAFAS,” katanya ketika berucap mewakili peladang, penternak dan nelayan pada perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK2017) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Najib merasmikan HPPNK 2017 yang akan berlangsun­g selama empat hari hingga 1 Okt ini.

Saipol Bahari juga menggunaka­n kesempatan itu menyatakan kesediaan dan kesanggupa­n lebih 1.2 juta peladang, penternak dan nelayan untuk ‘dikerahkan’ oleh Najib pada bila- bila masa.

“Jadi, kerahlah kami, pandulah kami untuk yang terbaik kepada kepimpinan Datuk Seri (Najib),” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia