Utusan Borneo (Sabah)

Warga KKMM perlu komited hadapi cabaran TN50

-

PUTRAJAYA: Warga Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( KKMM) perlu memiliki semangat dan komitmen yang tinggi menjayakan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dalam menghadapi cabaran berita palsu dan penggunaan media sosial yang ganas.

Ketua Setiausaha KKMM Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata jika cabaran berita palsu tidak ditangani dengan baik, masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang keliru.

“Warga KKMM perlu memastikan masyarakat Malaysia adalah masyarakat bermakluma­t,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog TN50 KKMM bersama beliau yang julung kali diadakan di kementeria­n tersebut di sini kelmarin.

Kira-kira 500 pengurusan, pegawai kanan dan petugas KKMM dari semua jabatan serta agensi di bawahnya hadir pada sesi dialog pertama TN50 bagi peringkat kementeria­n.

Mengulas mengenai sesi dialog yang diadakan hari ini, Sharifah Zarah berkata beliau berpuas hati dengan aspirasi dan semangat yang ditunjukka­n oleh warga KKMM mengenai TN50.

Pada sesi dialog berkenaan, Sharifah Zarah melayan hampir 15 soalan daripada hadirin yang menyentuh soal waktu kerja dari rumah untuk golongan wanita, kesedaran kesihatan mental bagi penjawat awam dan sistem jalan raya yang lebih baik.

Objektif utama dialog berkenaan adalah untuk mendapatka­n aspirasi warga KKMM mengenai TN50 supaya input yang diterima dapat dijadikan asas dalam perancanga­n dasar KKMM. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia