Utusan Borneo (Sabah)

Melaka United lega kekal dalam Liga Super

-

MELAKA: Melaka United ( MU) mampu menarik nafas lega apabila berjaya menyelamat­kan diri daripada zon penyingkir­an setelah meletakan diri mereka di kedudukan kelapan carta Liga Super dengan mengumpul 24 mata selepas mengalahka­n Selangor 2-1 di Stadium Hang Jebat malam Rabu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) , Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata dengan kejayaan tersebut bermakna bahawa pemain MU telah melunaskan tugas masing-masing sebelum tamat kampen Liga Super yang berbaki satu lagi perlawanan.

Beliau berkata sebelum masuk padang beliau telah meminta pemain agar melunaskan tugas mereka kerana bimbang akan kecewa sekiranya gagal meraih mata penuh pada perlawanan penutup Liga Super bersama pasukan Kelantan di laman sendiri bulan depan.

“Secara di atas kertas kita tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan pasukan Kelantan, namun apa pun boleh berlaku dalam bola sepak ditambahka­n lagi dengan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mungkin membawa semangat baharu pada pasukan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan antara pasukan Melaka United dan Selangor malam tadi.

Katanya kemenangan malam tadi merupakan kemenangan yang amat diharapkan dan besar maknanya kepada keluarga MU iaitu pemain, jurulatih, pengurusan MUSA serta penyokong setia MU yang tidak ingin melihat pasukan kesayangan mereka tersingkir dalam saingan Liga Super tahun depan.

“Saya akui bahawa tugasan untuk mengalahka­n pasukan Selangor bukan satu tugas mudah bagi pemain dan pasukan kerana kita tahu Selangor adalah sebuah pasukan yang lebih kuat, lebih baik dan berpengala­man berbanding dengan MU yang masih baharu dalam Liga Super,” katanya.

Beliau berkata beliau dapat melihat semangat luar biasa untuk menang yang ditonjolka­n oleh semua pemain apabila berjaya mengalahka­n Selangor walaupun mendapat tentangan hebat daripada pasukan ‘The Red Gaint’ itu yang tidak mudah mengalah sehingga tamat perlawanan.

Beliau berkata dengan kejayaan tersebut, Melaka United telah berjaya mencapai sasaran untuk tahun ini iaitu untuk terus kekal beraksi dalam Liga Super bagi musim hadapan.

Mohd Yusoff mengakui bahawa pihaknya menghadapi kesukaran untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat namun MUSA optimis menjadikan­ya sebagai satu pembelajar­an bagi membentuk pasukan yang lebih mantap pada masa akan datang.

Beliau berkata kehadiran Eduardo Almeida pada pertengaha­n musim membawa sedikit perubahan kepada pasukan MU apabila jurulatih yang berasal daripada Portugal itu berjaya membentuk komunikasi dan lebih serasi dengan pemain.

“Saya fikir mungkin faktor usia Almeida yang muda (39 tahun) dan bersifat lebih terbuka memberi kelebihan untuk beliau mendekati pemain.

“Almeida juga dilihat bijak menguna kelebihan yang ada pada setiap pemain dan tidak mengharapk­an sesuatu yang tidak mampu diberikan oleh pemain,” katanya.

Mohd Yusoff berkata beliau akan berbincang dengan Presiden MUSA Datuk Seri Idris Haron mengenai perancanga­n musim hadapan pasukan dan tidak menolak kemungkina­nuntukteru­skekal menggunaka­n khidmat Almeida bagi membimbing MU pada musin hadapan.

“Jika dilihat dari segi prestasi pasukan, saya rasa tidak rugi sekiranya Almeida terus diberi kepercayaa­n untuk membimbing skuad MU namum kita akan melakukan perbincang­an terlebih dahulu sebelum membuat keputusan akhir nanti,”katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia