Utusan Borneo (Sabah)

Pahang sah naib juara Liga Super 2017

-

KUALA LUMPUR: Pahang muncul naib juara Liga Super musim ini setelah menang tipis 1-0 ke atas wakil Terengganu, T-Team pada aksi ke- 21 Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam Rabu.

Jaringan tunggal Matheus Alves Leandro pada minit ke-78 membolehka­n skuad Tok Gajah mengutip 39 mata dengan baki satu perlawanan sebelum Liga Super musim ini melabuhkan tirai.

Dalam pada itu, Sarawak menghidupk­an peluang keluar daripada zon penyingkir­an setelah menewaskan Kedah 4-2 pada aksi di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.

Empat gol Sarawak dijaringka­n oleh Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke- 53, Mateo Roskam (sepakan penalti pada minit ke- 58 dan gol padang minit ke-64) dan Mohd Hairol Mokhtar pada minit ke-76.

Kedah pula meraih gol menerusi sentuhan penyudah Ken Ilso Larsen seawal minit kelapan dan Baddrol Bakhtiar pada masa kecederaan babak pertama perlawanan.

Terdahulu, Kedah terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Baddrol menerima kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas Nur Shamie Iszuan pada minit ke-74.

Turut mengutip tiga mata penuh adalah pasukan Perak yang menewaskan Pulau Pinang 1-0 hasil jaringan Mohd Nizad Ayub pada minit ke-24 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh.

Pulau Pinang sah tersingkir ke saingan Liga Perdana 2018 setelah hanya mampu mengutip 12 mata daripada 21 perlawanan untuk kekal di tangga tercorot daripada 12 pasukan Liga Super.

Di Stadium Hang Jebat, pasukan Melaka meneruskan rentak kemenangan setelah mengatasi Selangor 2-1.

Melaka selesa mendahului 2-0 pada babak pertama perlawanan menerusi jaringan dua pemain importnya, Jasmin MecinoviC pada minit kelima dan Marko Simic pada minit ke-42 sebelum Selangor mengurangk­an defisit jaringan hasil sentuhan penyudah pemain import dari Sepanyol, Rufino Segovia del Burgo pada minit ke-59. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia