Utusan Borneo (Sabah)

KBS yakin sasaran 80,000 tercapai

Tawau tuan rumah Hari Sukan Negara 2017, 14 Oktober

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Belia dan Sukan yakin sasaran 80,000 penyertaan untuk Hari Sukan Negara Peringkat Sabah 2017 dapat dicapai.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah berkata, walaupun sasaran itu dikurangka­n berbanding sasaran-sasaran dua tahun sebelum ini, beliau yakin ramai masyarakat Sabah akan menyertai apa juga bentuk sukan sepanjang tiga hari acara diadakan.

“Hari Sukan Negara peringkat negeri akan diadakan pada 14 Oktober depan, tetapi acara sukan akan bermula dari 13 sehingga 15 Oktober.

“Tahun ini tuan rumah untuk program itu adalah Tawau,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, sasaran yang ditetapkan tahun ini adalah berkuranga­n berbanding 2015 dan 2016 yang mana sasaran pada tahun itu masing-masing 400,000 dan 734,000.

Katanya, sasaran pada kedua-dua tahun itu juga tercapai apabila kehadiran masyarakat untuk menyertai aktiviti sukan di seluruh Sabah melebihi jumlah yang disasarkan.

“Tahun ini berbeza disebabkan kita kekurangan peruntukan, bagaimanap­un, kita ingin mewujudkan kesedaran bahawa aktiviti sukan adalah penting tidak kira mempunyai peruntukan atau sebaliknya.

“Tahun ini kita tidak mempunyai peruntukan bagi peringkat daerah tetapi pihak kementeria­n tetap meletakkan harapan yang tinggi bahawa setiap daerah di sini akan turut serta memeriahka­n Hari Sukan Malaysia peringkat negeri,” katanya.

Katanya, peruntukan yang disalurkan untuk penganjura­n program yang sama pada tahun- tahun sebelumnya hanya sebagai pemangkin

“Tahun ini berbeza disebabkan kita kekurangan peruntukan, bagaimanap­un, kita ingin mewujudkan kesedaran bahawa aktiviti sukan adalah penting tidak kira ” mempunyai peruntukan atau sebaliknya. DATUK MASIUNG BANAH Pembantu Menteri Belia dan Sukan

kepada masyarakat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan.

Masiung turut menyeru agar semua agensi kerajaan di bawah kementeria­n masing-masing memberikan penggunaan fasiliti sukan mereka secara percuma pada ketiga-tiga hari itu.

“Badan- badan bukan kerajaan juga digalakkan turut serta menganjurk­an sebarang aktiviti sukan pada hari berkenaan.

“Kesemua 13 kompleks sukan di negeri ini juga boleh digunakan secara percuma pada 14 Oktober sahaja,” katanya.

Katanya, mereka yang berminat boleh masuk ke laman sesawang Kementeria­n Belia dan Sukan untuk maklumat lanjut.

Mereka yang berada di kawasan luar bandar pula boleh merujuk perkara itu dengan pegawai kementeria­n itu di daerah masingmasi­ng.

Menurutnya, antara acara yang diadakan pada program itu adalah berbasikal sejauh 10 kilometer, larian, pertanding­an golf dan sebagainya.

“Hari Sukan Negara peringkat kebangsaaa­n akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala peringkat negeri kita akan menjemput Ketua Menteri Tan Sri DSP Musa Haji Aman untuk menyempurn­akan majlis itu di Tawau pada 14 Oktober depan,” katanya.

 ?? MASIUNG (tengah) menunjukka­n poster Hari Sukan Negara peringkat negeri Sabah. ??
MASIUNG (tengah) menunjukka­n poster Hari Sukan Negara peringkat negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia