Utusan Borneo (Sabah)

Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2017: Gelaran juara B12 milik Tabs KK

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tunas Asas Bola Sepak ( Tabs) Kota Kinabalu muncul juara kategori 12 tahun ke bawah Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2017.

Tabs KK merangkul gelaran juara itu dengan menumpaska­n Dreaming Football United (DFU) 32 pada final di Stadium Likas pada Khamis sekaligus menafikan pasukan dari Filipina itu gelaran juara berganda.

DFU merangkul gelaran juara kategori 11 tahun ke bawah, pertanding­an pertama kejohanan anjuran Borneo Sports And Adventure Holidays itu pada 24- 26 September lalu.

Final kelmarin, menyaksika­n ketua pasukan yang juga penyerang utama, Al Kausal Jarah muncul wira dengan jaringan hatrik.

Pelajar tahun enam SK Tombovo Penampang itu meletakkan Tabs KK 2-0 di hadapan pada awal babak pertama.

DFU mengurangk­an jarak kepada 2-1 selepas itu sebelum Kausal melengkapk­an jaringan hatrik untuk Tabs KK 3- 1 di hadapan pada babak kedua.

DFU cuba bangkit selepas itu tetapi hanya berjaya menambah satu jaringan untuk terpaksa berpuas hati hanya menduduki tempat kedua.

Sambil itu, St George City, Australia menduduki tempat ketiga selepas mendudukan Tabs Manggatal 1-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat sebelumnya.

Burnmarks United FC Malaysia pula menumpaska­n Tunku Putra FC 2-1 pada penentuan tempat kelima dan keenam manakala FC Kuala Lumpur mengalahka­n SBAI Indonesia 2- 0 pada penentuan tempat ketujuh dan kelapan.

Kejohanan tahunan yang diiktiraf Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) itu turut mempertand­ingkan kategori 13, 14, 15 dan 16 tahun ke bawah.

Pertanding­an kategori 13 tahun ke bawah telah bermula di Stadium Penampang pada Khamis akan diteruskan di venue sama hari ini sebelum penentuan kedudukan pada Sabtu di Stadium Likas.

Kategori 13 tahun ke bawah melibatkan 10 pasukan iaitu South Hobart Australia, HKJFL, Indonesia Muda, Boca Juniors India, Tabs Malaysia, Turf City Singapura, SBAI Indonesia, DFU Filipina dan Sekolah Sukan Datuk Peter Mojuntin (Malaysia).

Kategori 14 tahun ke bawah akan berlangsun­g pada 1-3 Oktober, 15 tahun ke bawah (3-5 Oktober) dan 16 tahun ke bawah (5-7 Oktober).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia