Utusan Borneo (Sabah)

SDTA sedia jadi tuan rumah Saga

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Sabah (Saga) Sandakan 2017 yang akan berlangsun­g 9-15 Disember hadapan.

Tenis merupakan antara 21 jenis sukan yang akan dipertandi­ngkan di temasya dwi tahunan itu selain angkat berat, badminton, berbasikal, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, boling padang, golf, hoki, karate, memanah, olahraga, pencak silat, petanque, ping pong, ragbi, sepak takraw, taekwondo dan tinju.

Sejajar persediaan yang dilakukan itu, rombongan SDTA diketuai oleh presiden Fernando Rulloda telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan ( MPS) Datuk Ir. James Wong di Bangunan MPS pada Khamis.

James menyambut baik kehadiran rombongan itu yang turut dianggotai oleh tiga keahlian seumur hidup SDTA iaitu Ahli Dewan Undangan Karamuntin­g Datuk Charles O. Pang, presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh dan Sebestian Wong selain setiausaha kehormat yang juga Kapitan Cina Sandakan James Leong.

Fernando semasa menyampaik­an taklimat ringkas berkenaan program latihan dan aktiviti- ativiti yang dijalankan oleh SDTA berkata, aspek persediaan gelanggang merujuk pembaikan dan penjagaan merupakan kerja utama yang kini sedang dilaksanak­an oleh pihak beliau, dengan harapan pihak MPS dapat membantu meringanka­n beban persatuan itu.

Selain pembaikan prasarana lain, Fernando juga menarik perhatian James berkenaan tarikh luput perjanjian penggunaan tapak rumah kelab SDTA yang tinggal beberapa tahun sahaja lagi.

Mendengar taklimat yang cukup meyakinkan oleh Fernando, James meminta SDTA untuk menulis surat permohonan melanjutka­n perjanjian penggunaan tapak rumah kelab persatuan itu, dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memastikan SDTA terus beroperasi dan memainkan peranan penting membangun belia dan beliawanis di daerah itu.

Mendengar janji usaha James, Charles merakamkan terima kasih kepada James yang terkenal dengan cara kerja berhubunga­n rapat, ` turun padang’ dan cepat bertindak.

 ??  ?? IR. James (depan kanan) dan Charles (depan kiri) bersama Sebestian (berdiri dari kiri), Johnson, Fernando dan James semasa kunjungan SDTA di Bangunan MPS, Sandakan pada Khamis.
IR. James (depan kanan) dan Charles (depan kiri) bersama Sebestian (berdiri dari kiri), Johnson, Fernando dan James semasa kunjungan SDTA di Bangunan MPS, Sandakan pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia