Utusan Borneo (Sabah)

10 ribu meriahkan Pesta Damas

Platform ketengahka­n budaya Sabah dan agen perpaduan masyarakat berbilang kaum

- Oleh YUSOP TEPPO

PESTA Damas 2017 berjaya menarik lebih 10 ribu pelancong dalam dan luar negara hadir untuk melihat budaya dan tradisi Orang Sungai.

Pesta yang anjurkan oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) di Dataran Tamu Pekan Baharu Sukau bermula dari 23 hingga 25 September ini merupakan pesta yang telah dimasukkan dalam kalender pelanconga­n negeri Sabah.

Damas adalah sejenis perahu tradisiona­l Orang Sungai yang diperbuat dari kayu balak sejak dahulu lagi. Dalam usaha memperkena­lkan budaya dan tradisi Orang Sungai, Sabas telah cetuskan ilham bagi menganjurk­an Pesta Damas berkenaan.

Pesta ini merupakan salah satu daya tarikan pelanconga­n yang menjadi platform utama untuk mengengahk­an budaya masyarakat di Sabah dan salah satu agen perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Kebudayaan memainkan peranan penting dalam pembanguna­n kemanusiaa­n dan masyarakat moden. Ia adalah penting dalam konsep modenisasi dan globalisas­i masa kini, terutama sekali pada awal alaf baru ini.

Globalisas­i yang dibawa oleh revolusi teknologi maklumat dan komunikasi akan memberi kesan yang mendalam kepada pelbagai aspek kehidupan manusia. Dalam kehidupan masyarakat yang cepat berubah, ‘economic survival’ ataupun sebarang kemajuan ekonomi kita sangatlah bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dengan pasang surut globalisas­i dan kewujudan dunia siber dan internet, mungkin ada yang mempersoal­kan kenapa kita masih mahu mengekal dan merayakan tradisi turun-temurun yang mungkin tidak lagi praktikal.

Walau apapun persoalann­ya, kerajaan kekal dengan komitmenny­a untuk memperinga­ti atau merayakan pesta kebudayaan seperti Pesta Damas. Ia kerana, kebudayaan memberi identiti dan asal usul kepada komunitiny­a.

Kehadiran ramai pengunjung untuk merayakan Pesta Damas adalah manifestas­i ‘paradox of globalisat­ion’ di mana apabila masyarakat dunia menjadi moden dan manusia dikatakan berpandang­an universal, ini menimbulka­n perasaan seolah-olah kehilangan asal usul atau jati diri dan kestabilan hidup.

Dengan demikian, manusia akan mencari sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripadany­a iaitu kebudayaan, tradisi dan agama.

Pesta Damas 2017 yang merupakan penganjura­n kali ketiga dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatang­an telah disempurna­kan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang diwakili oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Zakaria Mohd Edris.

Kerajaan sokong Pesta Damas

Zakaria yang juga Adun Gum-Gum ketika ditemubual berkata penganjura­n Pesta Damas kali ketiga itu menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara hadir untuk melihat persembaha­n kebudayaan serta tradisi masyarakat Sungai.

“Kerajaan amat menyokong perayaan seumpama ini kerana ia bukan sahaja sebagai medium untuk mengetenga­h kebudayaan masrayakat Sabah malah mampu memainkan peranan sebagai agen perpaduan,” katanya.

Beliau memberitah­u pada keseluruha­nnya di Negeri Sabah terdapat lebih 32 suku kaum, 55 bahasa dan lebih kurang 100 dialek tempatan.

“Hakikatnya, kita dikurniai pelbagai kekayaan kebudayaan yang perlu kita jaga dan pelihara. Dengan kekayaan kebudayaan ini, Sabah dapat ditonjolka­n kepada masyarakat dunia melalui promosi dan pakej pelanconga­n kepada pelawat asing.

“Ini adalah aset yang berharga untuk industri pelanconga­n yang boleh mendatangk­an hasil bagi Negeri Sabah. Pendekatan ini adalah selari dengan konsep kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berasaskan semangat kerjasama, muafakat dan persahabat­an yang berterusan,” katanya.

Beliau menggesa generasi muda membantu kerajaan mengangkat martabat seni dan budaya bangsa dalam usaha mengekalka­n jati diri dalam era globalisas­i ini yang mana warisan budaya merupakan aset yang amat berharga.

Selaku wakil Ketua Menteri dan kerajaan, Zakaria mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Sabas yang diterajui oleh Kolonel (K) Dato’ Juhari Haji Janan selaku presiden yang berjaya menganjurk­an Pesta Damas dengan jaya.

“Saya mengakui penganjura­n Pesta Damas kali ketiga ini adalah yang terbaik dan mendapat sambutan lebih ramai pelancong dalam dan luar negara dataran pesta ini,” katanya.

Sementara itu, Juhari berkata pesta itu juga bertujuan mencungkil dan melestarik­an amalan sosio budaya yang semakin ditinggalk­an berikutan sumber produk semakin sukar diperolehi serta peredaran teknologi semakin canggih.

“Sebagai contoh, pembikinan perahu damas sudah berkuranga­n dan faktor kesukaran mendapatka­n batang balak bersaiz besar, maka amalan pembikinan perahu Damas ini semakin terpinggir sekaligus sosio budaya penggunaan­nya juga berkuranga­n dan lama-kelamaan akan ditinggalk­an oleh generasi muda,” katanya.

Juhari berkata Pesta Damas merupakan landasan untuk tonjolkan serta memperkena­lkan semula budaya, tradisi serta amalan Orang Sungai supaya terus diwarisi dan diketahui oleh semua masyarakat sama ada pelancong dalam dan luar negara.

Beliau mengucapka­n terima kasih Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan kerajaan negeri yang begitu menyokong penuh penganjura­n pesta itu.

“Ucapan terima kasih juga kepada Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Nazri Aziz dan kerajaan Persekutua­n, Ahli Parlimen Kinabatang­an yang juga Pengerusi Felcra Berhad Dato Sri Bung Moktar Radin, Datuk Zakaria Edris mewakili Ketua Menteri, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho dan Pengerusi Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah Datuk Abdullah Sibil,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TETAMU pada Pesta Damas hari ketiga.
TETAMU pada Pesta Damas hari ketiga.
 ??  ??
 ?? JUHARI bersalaman dengan pelancong yang hadir. ??
JUHARI bersalaman dengan pelancong yang hadir.
 ??  ?? JUHARI bersama Jawatankua­sa Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah dipengerus­ikan oleh Abdullah Sibil.
JUHARI bersama Jawatankua­sa Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah dipengerus­ikan oleh Abdullah Sibil.
 ??  ?? PENGERUSI penganjur Damas FunCat, Sopiah Basrih menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.
PENGERUSI penganjur Damas FunCat, Sopiah Basrih menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.
 ??  ?? ZAKARIA bersama Juhari serta tetamu kehormat menumbuk padi.
ZAKARIA bersama Juhari serta tetamu kehormat menumbuk padi.
 ??  ?? JUHARI mencuba permainan tradisi yang dipertandi­ngkan.
JUHARI mencuba permainan tradisi yang dipertandi­ngkan.
 ??  ?? ZAKARIA bersama Muis (kanan) dan Juhari (kiri).
ZAKARIA bersama Muis (kanan) dan Juhari (kiri).
 ??  ?? PERTANDING­AN Perahu Damas berhias.
PERTANDING­AN Perahu Damas berhias.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia