Utusan Borneo (Sabah)

Dadah beri impak negatif kepada masyarakat dan negara

-

PAPAR: Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Papar 2017 bertemakan ‘ 1 Malaysia Membantera­s Dadah’ memberikan satu mesej yang jelas khususnya kepada pelajar agar menjauhi najis dadah yang merupakan musuh nombor 1 negara.

Ahli Parlimen P.175 Papar Datuk Hajah Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin berkata, kita sedia maklum bahana akibat daripada pengambila­n bahan terlarang ini yang memberi impak negatif terhadap kemajuan negara serta keharmonia­n dalam hidup bermsayara­kat.

Katanya, saban hari kita disajikan dengan pelbagai berita peningkata­n jenayah yang berpunca daripada pegambilan dadah.

“Malahan ada yang sanggup melakukan jenayah hingga tergamak meragut nyawa insan lain demi memuaskan kehendak dan ketagihan.

Katanya, alangkah ruginya jika generasi muda hari ini dengan mudah terjebak serta terpedaya dengan kenikmatan yang sementara ini.

“Ini kerana golongan muda adalah bakal pewaris kepada kepimpinan negara serta tonggak terhadap pembanguna­n serta kemajuan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Papar 2017, di Masindung Resort, Kawang, di sini pada Rabu

Program adalah anjuran Unit PPDa Pejabat Pendidikan Daerah Papar bersama Pejabat Parlimen Papar dan Pemadam Cawangan daerah Papar.

Dalam pada itu Rosnah yang diwakili oleh Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia Hadi A. Kasim juga difahamkan bahawa Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah ini merupakan acara tahunan yang melibatkan semua sekolah dalam daerah Papar.

Katanya, pengisian yang ada dalam karnival ini harus disambut baik oleh semua pihak kerana ianya bukan sahaja dapat meningkatk­an kemahiran diri murid, bahkan menonjolka­n serta mencungkil bakat dalam kalangan muridmurid dan pelajar.

“Dengannya sekaligus mendidik anak-anak muda ini agar bertekad untuk bersama membangun negara dan menjauhi penyalahgu­naan dadah,” jelasnya.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada seluruh barisan jawatankua­sa penganjur yang telah berusaha merealisas­ikan karnival ini selain memberikan kerjasama sepenuhnya sehingga program berkenaan berjalan dengan teratur, sempurna dan jayanya.

 ??  ?? HADI menyampaik­an hadiah kepada Ketua Pasukan Boria SK Kuala Papar yang mendapat naib johan.
HADI menyampaik­an hadiah kepada Ketua Pasukan Boria SK Kuala Papar yang mendapat naib johan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid yang mengambil bahagian dalam pertanding­an Buku Skrap.
SEBAHAGIAN murid yang mengambil bahagian dalam pertanding­an Buku Skrap.
 ??  ?? PARA peserta dan tetamu yang hadir merakamkan gambar bersama Hadi.
PARA peserta dan tetamu yang hadir merakamkan gambar bersama Hadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia