Utusan Borneo (Sabah)

60 guru sertai Bengkel Eksplorasi Perpustaka­an Digital Perpustaka­an Negara

-

LABUAN: Seramai 60 orang yang terdiri daripada guru Pusat Sumber sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan telah menyertai Bengkel Eksplorasi Perpustaka­an Digital Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) di Makmal UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada Rabu.

Bengkel sehari itu dikendalik­an dua tenaga pengajar dari PNM iaitu Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Elektronik PNM Tamimi Haji Taib dan Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Literasi Maklumat PNM Zuliana Ab Rashid.

Turut menyertai bengkel yang diadakan di Megalab UMSKAL, Aras 1, Bangunan Menara UMSKAL itu ialah kakitangan Perpustaka­an Perbadanan Labuan, Kolej Matrikulas­i Labuan, Kolej Vokasional Labuan dan kakitangan agensi kerajaan.

Manakala bengkel yang diadakan di Investment Lab, Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL), Aras 7, Bangunan Menara UMSKAL pula disertai pensyarah FKAL dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) serta Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).

Bengkel itu dilaksanak­an untuk mempromosi­kan perkhidmat­an u- Pustaka yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui www. u-pustaka.gov.my.

Menurut Pustakawan Kanan, Perpustaka­an UMSKAL Baharin Entoh, antara objektif bengkel itu ialah memulakan kerjasama di antara PNM dan UMS untuk menggalakk­an perkongsia­n maklumat digital yang disediakan PNM untuk kegunaan pengguna terutamany­a dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

Selain itu, mempromosi­kan keahlian portal u- pustaka dan menggalakk­an penggunaan pangkalan data PNM yang sesuai dengan keperluan maklumat sasaran pengguna.

“Memberi kemahiran secara khusus melalui kaedah TOT ( training of trainers) kepada pustakawan, pelajar dan pensyarah mengenai perkhidmat­an, penggunaan pangkalan data dan proses peminjaman buku bercetak dan buku elektronik yang disediakan dalam portal upustaka.

Baharin mengucapka­n terimakasi­hdanpengha­rgaan kepada Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik dan kakitangan Perpustaka­an UMSKAL yang komited menjayakan bengkel itu.

 ??  ?? TAMIMI (empat kanan), Zuliana (lima kiri) dan Dayang Ruhidah Raplee (empat kiri) bersama peserta bengkel.
TAMIMI (empat kanan), Zuliana (lima kiri) dan Dayang Ruhidah Raplee (empat kiri) bersama peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia